BM | EN | 中文

Johor harap rundingan buka sempadan disambung susulan pelaksanaan imunisasi

Johor-Malaysia-Singapore-Tambak-Johor.jpeg

Gambar Ehsan SCMP/AFP

Advertisement

JOHOR BAHRU, 2 MAC: Kerajaan Johor berharap prosedur operasi standard (SOP) pembukaan sempadan Malaysia-Singapura dikemaskini bagi pembukaan semula sempadan di antara kedua semula susulan pelaksanaan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan.

Ia perlu dilakukan dengan mengambil kira faktor bahawa rakyat kedua-dua negara telah mengambil dos vaksin bagi memastikan imunisasi terhadap wabak COVID-19.

Menteri Besar Datuk Hasni Mohammad berkata, cadangan itu akan dikemukakan kepada kerajaan persekutuan sebelum 18 Mac ini.

Advertisement

“Pembukaan semula sempadan, gelembung perjalanan hijau serta aturan-aturan lain perlu dipertimbang semula sebaik sahaja program vaksinasi ini selesai,” katanya, semalam.

Beliau berkata ini kerana mereka yang telah menerima vaksin itu akan diberi sijil sebagai bukti mereka telah divaksinasi.

Pada 30 Jan lalu, kerajaan Singapura menggantung pelaksanaan Laluan Hijau Timbal Balik (RGL) dengan Malaysia selama tiga bulan bermula 1 Feb, susulan peningkatan mendadak kes COVID-19 di seluruh dunia termasuk Malaysia.

Advertisement

Manakala pada 18 Mac ini genap setahun sempadan kedua-dua negara antara Malaysia dan Singapura ditutup akibat COVID-19.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top