BM | EN | 中文

JOHOR GUNA KEMPEN GALAK PEMAKANAN SEIMBANG, GAYA HIDUP SIHAT

gmbr-fail-khuzzan-1.jpg
Advertisement

ISKANDAR PUTERI, 24 NOV: Jabatan Kesihatan Negeri Johor (JKNJ) akan terus memastikan orang awam untuk mengamalkan gaya hidup sihat dan pemakanan seimbang menerusi penganjuran kempen dan promosi di seluruh negeri.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Kebudayaan dan Warisan negeri, Mohd Khuzzan Abu Bakar berkata ini termasuklah dengan kewujudan pusat maklumat pemakanan negeri Johor di Klinik Kesihatan Mahmoodiah, di sini.

“Pusat ini untuk memudahkan komuniti dan rakyat negeri Johor untuk mengakses maklumat pemakanan sihat.

Advertisement

“Selain itu, pengiktirafan ‘Bersih, Selamat dan Sihat’ kepada kedai, kantin, premis makanan dan restoran yang memenuhi kriteria piawai kebersihan premis dan keselamatan makanan dan hidangan sihat,” katanya.

Khuzzan (PH-Semerah) berkata demikian ketika menjawab soalan Abd Taib Abu Bakar (BN-Machap) tentang usaha dilakukan kerajaan negeri dalam memastikan rakyat mengamalkan gaya hidup sihat.

Selain itu katanya, klinik-klinik kesihatan juga menyediakan khidmat nasihat pemakanan melalui sesi runding cara pemakanan selain pengenalan aplikasi MyNutriDairi2.

Advertisement

“Aktiviti lain termasuklah menggunakan platform promosi pemakanan sihat dalam komuniti melalui dapur sihat masyarakat di klinik kesihatan, lokaliti kospen dan kospen plus dan pusat promosi kesihatan di pejabat/klinik kesihatan.

“Hidangan sihat semasa mesyuarat untuk jabatan dan agensi kerajaan turut dijalankaan untuk promosi hidangan sihat,” kata Khuzzan.

Tambahnya JKNJ sentiasa memastikan orang awam mengamalkan gaya hidup sihat melalui aktiviti pemerkasaan gaya hidup sihat iaitu kospen komuniti kepada orang awam, kospen plus kepada pekerja di agensi kerajaan atau swasta dan kospen activ kepada kakitangan di fasiliti kesihatan.

Advertisement

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top