BM | EN | 中文

JOHOR GIAT PROMOSI SUKAN RAKYAT DAN TRADISIONAL DI SEBERANG TAMBAK

Mohd_Khuzzan_Abu_Bakar.jpeg
Advertisement

ISKANDAR PUTERI, 19 OGOS: Usaha mengangkat kearifan budaya Johor giat dijalankan kerajaan negeri melalui Festival Permainan Tradisional dan Permainan Rakyat Johor.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Kebudayaan dan Warisan negeri, Mohd Khuzzan Abu Bakar berkata festival yang dirancang itu akan dipromosi termasuk ke Singapura melalui program galakan pelancongan.

“Cadangan sukan atau permainan rakyat yang akan dimasukkan pada masa akan datang seperti tarik tali, dam aji, baling selipar, ceper dan sebagainya bergantung kesesuaian,” katanya kepada Johorkini.

Advertisement

Menurut perangkaan Jawatankuasa Pelancongan negeri, di antara Januari hingga Jun 2019, pelancong Singapura mencatatkan angka tertinggi ke negeri ini, iaitu seramai 5.6 juta pelancong.

Khuzzan berkata, program yang melibatkan 51 zon dan 10 daerah itu telah pun bermula di Johor Bahru pada 31 Julai lalu dan kemuncaknya bagi peringkat negeri 15 September nanti.

Beliau yang juga Adun Semerah berkata, festival yang akan diadakan itu merupakan kali kelima dilaksanakan tahun ini, dan pihaknya merancang menambah peruntukan sekiranya berlaku penambahan jenis permainan.

Advertisement

“Kita juga ada perancangan untuk memperkenalkan kepada pelajar antarabangsa yang menuntut atau belajar di sekolah-sekolah antarabangsa di negeri Johor.

“Ia akan dilaksanakan pada masa akan datang, (dan) kita akan tambah pelbagai jenis permainan yang pernah popular dalam budaya rakyat Johor,” katanya.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top