BM | EN | 中文

Johor garis harapan masa depan pendidikan

aminolhuda-10.jpg

Aminolhuda Hassan

Advertisement

JOHOR BAHRU, 6 JAN : Kerajaan negeri menggariskan beberapa perkara berkenaan dengan pendidikan di negeri ini pada tahun ini.

Exco Pendidikan, Sumber Manusia, Sains dan Teknologi negeri, Aminolhuda Hassan berkata, tujuan pembangunan pendidikan sebagai menyediakan pembangunan teknologi kepada para pelajar di negeri ini.

Katanya, antara fokus yang diberikan adalah berkaitan dengan robotik yang kini mula digunakan oleh negara-negara maju.

Advertisement

“Antara fokus teknologi yang digariskan adalah berkaitan robotik yang akan dipertingkatkan sokongan kepada asas perkara tersebut di peringkat sekolah rendah dan menengah.

“Ia akan dijalankan melalui program-program untuk melahirkan jurulatih di kalangan guru-guru yang berminat dan juga guru akan membuat pilihan terhadap murid yang berminat di peringkat sekolah.

“Selain itu, antara harapan yang digariskan adalah pembentukkan sahsiah dan juga jatidiri murid di mana kita akan membuat perancangan bersama dengan Jabatan Pendidikan serta Yayasan Pelajaran Johor untuk program-program pembinaan jati diri murid,” katanya kepada JohorKini.

Advertisement

Beliau turut menyatakan program jati diri murid itu adalah untuk melahirkan kepimpinan murid sama ada di peringkat pelajar dan juga di kalangan umum dalam program tersebut.

Selain itu, Aminolhuda yang juga Adun Parit Yaani berkata, kerajaan negeri juga telah memperuntukkan RM1 juta untuk program tuisyen kepada pelajar sekolah di Johor.

“Sasaran tuisyen ini adalah untuk pelajar tingkatan 5 dan 4. Untuk pelajar tingkatan 4 ia lebih kepada kemahiran Bahasa Inggeris.

Advertisement

“Kita akan fokuskan kepada antara sekolah yang terlibat. Sekolah yang turut terlibat termasuk Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK).

“Ini menunjukkan bahawa kita sebagai kerajaan negeri tidak meninggalkan sekolah agama dan inilah usaha kerajaan untuk membangunkan serta membantu sekolah-sekolah tersebut,” katanya lagi.

JohorKini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top