ISKANDAR PUTERI, 26 NOV: Pengurangan peruntukan perbelanjaan pembangunan bagi tahun 2019 merupakan pendekatan Kerajaan Pakatan Harapan yang memfokuskan kepada “kualiti pertumbuhan” pembangunan.
Menteri Besar Johor, Datuk Dr Sharuddin Jamal berkata, kerajaan hanya akan berbelanja setelah kajian keutamaan dan output projek dikenalpasti bagi pulangan yang maksimum kepada rakyat.
“Peruntukan perbelanjaan pembangunan bagi Belanjawan 2017 adalah sebanyak RM 763.3 juta. Manakala, pada tahun 2018 pula sebanyak RM 700 juta.
“RM 600 juta dari jumlah ini disediakan untuk tujuan pembangunan pada 2019” katanya pada Mesyuarat (Belanjawan Johor 2020) Penggal Persidangan Kedua Dewan Negeri Johor Ke-14 di Kota Iskandar, di sini, hari ini.
Terdahulu, Dr Sahruddin (PH-Bukit Kepong) menjawab soalan Izhar Ahmad (PH-Larkin) mengenai pengurangan anggaran perbelanjaan pembangunan kerajaan dari tahun 2017 ke 2019, iaitu lebih kurang RM 100 juta.
Dr Sahruddin berpendapat belanjawan Johor 2017 yang agak tinggi yang dibentangkan kerajaan lepas sebagai persediaan menghadapi pilihanraya umum.
“Saya simpulkan, kerajaan kini lebih menumpukan kepada perbelanjaan berteraskan keperluan rakyat,” katanya lagi.
JohorKini