BM | EN | 中文

Johor, ECERDC bakal bangun Lembah Tenusu Jemaluang berkeluasan kira-kira 275 hektar

ECER.jpg
Advertisement

MERSING, 19 SEPT: Hasrat kerajaan negeri Johor untuk membangunkan projek Lembah Tenusu Jemaluang (JDV) di sini bagi mengeluarkan produk susu segar bakal direalisasikan dengan kerjasama Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECERDC).

ECERDC dalam satu kenyataan hari ini berkata JDV merupakan projek pemiagaan tani utama di bawah agrofood@ECER iaitu inisiatif bersepadu untuk produk pertanian dan makanan yang merangkumi projek pembangunan Lembah Tenusu ECER.

“Selain itu, ia turut mengambil pendekatan bersepadu merangkumi aktiviti huluan, pertengahan dan hiliran yang meliputi semua aspek pengeluaran lembu tenusu termasuk pembiakan haiwan, pengurusan temakan, pemprosesan susu dan industri berkaitan seperti makanan serta nutrisi haiwan.

Advertisement

“Projek itu akan mereplikasi Pusat Penyelidikan dan Inovasi Lembu Muadzam Shah (MSCRIC) di Pahang iaitu projek ECERDC yang telah terbukti kejayaannya,” katanya.

Perjanjian kerjasama itu ditandatangani oleh Ketua Pegawai Eksekutif ECERDC Baidzawi Che Mat, Setiausaha Kerajaan Johor, Datuk Azmi Rohani dan Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Johor (Pembangunan) Datuk Dr Badrul Hisham Kassim sebagai mewakili Perbadanan Setiausaha Kerajaan Johor (SSI).

Majlis menandatangani perjanjian itu turut disaksikan Menteri Besar Johor Datuk Hasni Mohammad, pada Sabtu.

Advertisement

Sementara ini, Hasni berkata projek JDV menyokong hasrat kerajaan negeri untuk menjadi hab makanan serantau sejajar dengan Agenda Jaminan Makanan Johor dan inisiatif Bank Makanan Johor yang menjadi salah satu daripada tujuh inisiatif di bawah ‘7 Ikhtiar Makmur Johor’ bagi mempercepat pemulihan ekonomi negeri.

“Kerajaan negeri merancang untuk mengembangkan lagi sektor pertanian selain berhasrat menjadi pengeksport makanan utama serta ‘bank makanan’ untuk negara pengeksport lain,” katanya.

JDV yang dijadual beroperasi sepenuhnya pada 2023 dijangka dapat mengeluarkan 5.1 juta liter susu segar setahun sekali gus meningkatkan pengeluaran susu negara sebanyak 11 peratus.

Advertisement

Projek yang berkeluasan kira-kira 275 hektar itu secara tidak Iangsung dapat mengurangkan kebergantungan negara terhadap produk susu import yang dianggarkan bernilai RM3.9 bilion pada 2019.

Bernama

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top