BM | EN | 中文

Johor dijangka tarik pelaburan bernilai RM5.52 bilion tahun ini

johor-kota-iskandar.jpg
Advertisement

ISKANDAR PUTERI, 8 SEPT: Johor dijangka menarik pelaburan kumulatif yang berpotensi bernilai RM5.52 bilion pada tahun ini berdasarkan laporan Invest Johor setakat 1 Sept lepas.

Exco Pelaburan, Pembangunan Usahawan dan Sumber Manusia Johor Datuk Mohd Izhar Ahmad berkata kerajaan negeri kini menunggu masa untuk memeterai dokumen-dokumen perjanjian melibatkan pelaburan tersebut.

“Semua usaha gigih kerajaan negeri yang telah melaksanakan pelbagai inisiatif bagi meningkatkan prestasi pencapaian sektor pelaburan di negeri ini dilihat membuahkan hasil atau mencatat pencapaian amat positif.

Advertisement

“lanya dapat dibuktikan dengan nilai potensi pelaburan yang sedang dalam rundingan: katanya ketika sesi penggulungan pada hari terakhir persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor di Bangunan Sultan Ismail, Kota Iskandar di sini, kelmarin.

Mohd lzhar (Bersatu-Larkin) berkata Johor juga kekal sebagai salah sebuah negeri yang kompetitif dalam sektor pelaburan walaupun menghadapi pelbagai rintangan serta kekangan untuk merealisasikan satu-satu pelaburan berikutan tempoh sukar pada masa ini.

“Setakat bulan Mac lepas, Johor telah menerima pelaburan masuk keseluruhan bernilai RM1.7 bilion. Daripada jumlah tersebut, nilai pelaburan Iangsung asing adalah RM369.77 juta manakala baki sebanyak RM1.34 bilion merupakan pelaburan domestik atau tempatan,” kata beliau.

Advertisement

Mohd Izhar menjelaskan, pelaburan tersebut melibatkan sebanyak 49 syarikat dan dijangka dapat mewujudkan sebanyak 5,394 peluang pekerjaan kepada warga Johor.

Pada tahun lepas, Johor berjaya menerima pelaburan berjumlah RM6.78 bilion yang mana RM4.2 bilion adalah pelaburan asing manakala baki RM2.57 bilion merupakan pelaburan domestik.

Pelaburan pada 2020 itu berjaya mewujudkan sebanyak 13,052 peluang pekerjaan yang melibatkan 232 syarikat atau projek telah diluluskan, katanya.

Advertisement

Dalam pada itu, Mohd lzhar berkata kerajaan negeri menerusi Invest Johor kini dalam proses akhir untuk menerbitkan Pelan Induk Pelaburan Negeri Johor 2020-2030 sebagai rujukan tambahan selain daripada Pelan Pembangunan Mampan Ekonomi Negeri Johor (2020-2030).

Beliau turut menyifatkan pelan tambahan strategik itu dapat membantu usaha penambahbaikan hala tuju dan strategi dalam menarik aktiviti pelaburan berkualiti tinggi ke negeri tersebut.

“Limpahan pelaburan yang dibawa masuk dapat memberi manfaat kepada pembangunan modal insan dan seterusnya merancakkan lagi pertumbuhan ekonomi Johor,” kata beliau.

Advertisement

Bernama

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top