BM | EN | 中文

JOHOR DIJANGKA TAK PERLU BELI AIR TERAWAT DARI SINGAPURA MENJELANG 2022

tambak-johor-air-terawat-dari-singapura.jpg

Gambar Fail

Advertisement

PUTRAJAYA, 19 OGOS: Johor dijangkakan tidak perlu lagi membeli bekalan air terawat dari Singapura menjelang 2022 apabila siap pembinaan beberapa loji air baharu dengan kapasiti 260 juta liter air sehari, kata Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli, Dr Xavier Jayakumar.

Beliau berkata kerajaan perlu memastikan Johor mempunyai bekalan air terawat tersendiri dan mencukupi untuk kegunaan negeri itu dalam usaha mengurangkan kebergantungan kepada bekalan air terawat dari negara jiran itu.

“Kita kena pastikan di Johor mempunyai bekalan air terawat sendiri dan mencukupi.

Advertisement

“Oleh itu, kita akan sediakan beberapa loji air baharu di negeri Johor menjelang 2022,” katanya kepada pemberita selepas menerima kunjungan hormat Menteri Besar Johor, Datuk Dr Shahruddin Jamal, di kementeriannya, di sini hari ini.

Dalam pada itu Bernama melaporkan Xavier sebagai berkata, sama ada usaha itu memberi kesan kepada rundingan Perjanjian Air antara Malaysia dan Singapura, langkah tersebut tidak memberi kesan dan perjanjian masih kekal.

Mengikut perjanjian air semasa yang berakhir pada tahun 2061, Malaysia membekalkan air mentah kepada Singapura sebanyak 250 juta gelen setiap hari pada kadar 3 sen setiap 1,000 gelen.

Advertisement

Malaysia kemudiannya membeli semula air yang telah dirawat dari republik itu pada harga 50 sen setiap 1,000 gelen.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top