BM | EN | 中文

Johor dijangka beralih ke fasa kedua PPN minggu depan

cover-covid-johor-01.jpg
Advertisement

JOHOR BAHRU, 8 JUL: Johor dijangka beralih ke Fasa Dua Pelan Pemulihan Negara (PPN) seawal minggu depan selepas memenuhi nilai ambang yang ditetapkan kerajaan bagi peralihan fasa tersebut.

Menteri Besar Datuk Hasni Mohammad berkata ketika ini, Johor sudah mencapai nilai ambang indikator utama seperti liputan vaksin lengkap melebihi 10 peratus daripada 3.78 juta rakyat di negeri itu.

“Dengan penambahan 300,000 dos vaksin minggu ini serta keupayaan untuk menyuntik 50,000 sehari di pusat pemberian vaksin seluruh Johor, kita yakin akan masuk fasa kedua PPN minggu depan: katanya kepada pemberita selepas menyerahkan tiga mesin ventilator kepada Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Datuk Dr Aman Rabu di Hospital Sultanah Aminah semalam.

Advertisement

Beliau turut mengesahkan kerajaan negeri sudah menerima perkenan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah baru-baru ini untuk mengadakan persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) pada 12 Ogos.

Katanya oleh itu, kerajaan negeri akan membuat persiapan dan perancangan rapi agar persidangan DUN dapat berjalan dengan lancar.

“Kita telah mendapat surat rasmi daripada kebawah Dull Yang di-Pertuan Agong untuk mengadakan persidangan pada 12 Ogos dan is akan berjalan sebagaimana kehendak peraturan persidangan dan Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Johor,” katanya.

Advertisement

Pada 23 Jun lepas, Sultan Johor, Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar turut berkenan agar persidangan DUN Johor diadakan pada tarikh itu.

Bernama

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top