BM | EN | 中文

‘Johor dianaktiri’, wakil India Amanah Johor sokong kenyataan TMJ

Jeevan-Supramaniam.png
Advertisement

JOHOR BAHRU, 2 JUL: Wakil masyarakat India di dalam Parti Amanah Negara (Amanah) Negeri Johor menyokong titah Tunku Mahkota Johor (TMJ) Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim yang menyatakan bahawa Johor kini seperti dianaktirikan oleh kerajaan pusat.

Jeevan Supramaniam berkata, antara isu yang berlarutan antaranya mengenai keadaan infrastruktur dan kemudahan awam di negeri ini yang dilihat lembab dan terkebelakang.

Beliau berkata, Johor yang merupakan negeri penyumbang utama kepada pendapatan negara, namun hakikatnya Johor seolah-olah dipinngirkan oleh pusat.

Advertisement

“Kita boleh tengok dalam isu kebakaran Hospital Sultanah Aminah (HSA) – menggambarkan bahawa Johor sentiasa ketinggalan dalam pembangunan di negara ini.

“Seharusnya kerajaan pusat memberi fokus kepada negeri ini, kerana selain menyumbang kepada ekonomi negara, Johor juga merupakan pintu masuk utama untuk negara Singapura dan Indonesia.

“Dalam mengejar era modenisasi ini kita dapat lihat sehingga kini Johor masih belum berkembang dari segi infratsrukturnya termasuk pengangkutan lain-lain.

Advertisement

“Apa yang berlaku di HSA dapat kita lihat bagaimana Johor ketinggalan dari segi kualiti fasiliti, kemudahan dan bangunan yang sepatutnya mampu mengelak dari sebarang musibah” ujarnya.

Pada 29 Jun, ekoran insiden kebakaran HSA, Tunku Ismail mendakwa Putrajaya mengabaikan pembangunan di negeri itu.

Baginda berkata sudah empat tahun Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, Raja Pemaisuri Johor Raja Zarith Sofiah Sultan Idris Shah dan beliau sendiri menyuarakan keperluan membina hospital baru serta menaiktaraf hospital sedia ada di Johor.

Advertisement

“Sampai bila negeri Johor dan anak-anak Johor dianaktirikan?

“Kita bukan sahaja boleh melihat daripada sudut keperluan hospital, tetapi lihat pada keadaan lebuh raya di sini sahaja kita sudah tahu negeri Johor dianaktirikan.

“Bayangkan, negeri Johor yang maju, yang banyak memberi sumbangan kepada ekonomi negara dan Kerajaan Persekutuan hanya ada dua ‘lane’ sahaja di lebuh raya berbanding dengan Melaka dan Negeri Sembilan yang tidak menyumbang seberapa banyak.

Advertisement

“Saya menyeru kepada kerajaan Malaysia agar mempercepatkan peningkatan kemudahan awam di negeri Johor demi rakyat,” katanya dalam satu kenyataan di media sosial.

Justeru itu Jeevan yang merupakan Ahli Jawatankuasa Parti Amanah Negara (Johor) berkata, sudah tiba masanya untuk kerajaan pusat memberikan tumpuan kepada pembangunan di negeri ini.

“Kali ini Perdana Menteri adalah orang yang berasal dari Johor. Sudah tiba masanya untuk Johor diberikan tumpuan.

Advertisement

“Pembangunan di sebelah selatan khususnya yang menjadi pintu masuk dua negara (Malaysia – Singapura) harus menjadi titik mula.

“Sekiranya kerajaan hari ini prihatin, maka apa yang diharapkan adalah usaha tidak menganaktirikan negeri dari ini terus berlaku,” ujarnya lagi.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top