BM | EN | 中文

JOHOR DESTINASI IDEAL PELANCONGAN PERUBATAN SERANTAU

IMG-20191123-WA0035.jpg
Advertisement

 

JOHOR BAHRU, 23 NOV: Johor merupakan destinasi ideal pelancongan perubatan untuk Singapura dan Indonesia, kata Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Negeri Johor, Liow Cai Tung.

Beliau berkata ini kerana Johor berkedudukan strategik selain memiliki akses melalui 14 pintuk masuk sedia ada.

Advertisement

Katanya, tujuh daripada 12 hospital swasta di Johor telah berdaftar bersama Majlis Pelancongan Kesihatan Malaysia (MHTC), ini termasuklah Hospital Pakar KPJ Puteri (KPJ Puteri), KPJ Johor, KPJ Pasir Gudang dan KPJ Maharani.

“Sejak tahun 2016, negeri ini telah menyaksikan peningkatan trend pesakit warga asing yang terima rawatan di hospital-hospital ini, dimana seramai 34,724 direkodkan pada tahun itu, 40,467 direkodkan pada tahun 2017 dan seramai 44,187 direkodkan pada tahun 2018.

“Tourism Johor akan meneruskan usaha bekerjasama dengan MHTC dalam menggesa lebih banyak hospital swasta berdaftar dengan majlis tersebut untuk membangun industri pelancongan di Johor dengan lebih holistik,” katanya.

Advertisement

Beliau berkata demikian ketika berucap dalam majlis perasmian penyerahan unit hiburan mudah alih Merlin’s Magic Wand oleh Legoland Malaysia Resort dan KPJ Puteri, di sini.

Pada majlis itu, KPJ Puteri menjadi hospital pertama di Asia Tenggara untuk menerima unit tersebut daripada pihak Legoland Malaysia. 

Mengulas mengenai program tersebut, Cai Tung berkata kerjasama antara dua pihak itu merupakan satu kejayaan yang harus dibanggakan untuk Johor kerana ia akan menarik lagi pelancongan kesihatan di sini.

Advertisement

Unit yang diletakkan di bahagian wad kanak-kanak itu akan memberi akses kepada pesakit untuk bermain konsol permainan Xbox, permainan Lego dan juga Duplo.

Pengarah Eksekutif KPJ Puteri Khairun Ahmad berkata kerjasama antara pihaknya dan Legoland itu bertujuan untuk menceriakan pesakit-pesakit di wad kanak-kanak tersebut.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top