BM | EN | 中文

JOHOR DARUL TA’ZIM JUARA PIALA MALAYSIA 2019

piala-malaysia-2019-jdt-kedah.jpg
Advertisement

BUKIT JALIL, 2 NOV: Johor Darul Ta’zim (JDT) muncul juara Piala Malaysia 2019 selepas menewaskan Kedah 3-0 dalam perlawanan akhir yang berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil, sebentar tadi.

JDT yang hadir ke Bukit Jalil selepas kejayaan merangkul Piala Malaysia pada 2017 melancarkan serangan bertali arus sebaik wisel permulaan ditiupkan.

Antaranya melalui tandukan pada minit ketiga yang bermula dari sepakan percuma Safawi Rasid dari luar kotak penalti, yang hanya terkena tiang kanan pintu gol Kedah.

Advertisement

Namun, serangan JDT terus digandakan dan akhirnya membuahkan hasil apabila kelonggaran bahagian pertahanan Kedah dimanfaatkan Leandro Sebastian Velaquez yang menyambut lorongan Gonzalo Cabrera dari sebelah kiri.

Kedah seolah-olah hilang tumpuan apabila dihukum dengan jaringan menerusi sepakan percuma Safawi yang melepasi garisan gol untuk menjadikan kedudukan 2-0 pada minit ke-34, meskipun dibantah pemain pertahanannya, Nazmi Nasaruddin.

Babak pertama tamat dengan kedudukan kekal 2-0 selain turut menyaksikan lima kad kuning dilayangkan masing-masing tiga kepada pemain Kedah manakala dua kepada pemain JDT.’

Advertisement

Dalam percubaan pasukan Kedah melakukan serangan ke kubu JDT bagi merapatkan kedudukan, pasukan Lang Merah itu dihukum apabila kelalaian pertahanannya membiarkan bola lambungan dari bahagian kiri oleh Velaquez ditanduk kemas oleh Syafiq Ahmad pada minit ke-57.

Kedudukan 3-0 kekal hingga minit terakhir perlawanan bagi melengkapkan pencapaian cemerlang JDT bagi 2019 selepas memenangi Piala Sumbangsih dan Liga Super.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top