BM | EN | 中文

JOHOR CUTI KHAS PERISTIWA SEMPENA JDT JULANG PIALA MALAYSIA

piala-malaysia-2019.jpg
Advertisement

JOHOR BAHRU, 3 NOV: Kerajaan negeri Johor mengumumkan cuti khas peristiwa pada Ahad ini (3 November) sempena meraikan kemenangan skuad Johor Darul Ta’zim (JDT) menjulang Piala Malaysia 2019.

“Menjunjung titah Duli Yang Maha Mulia Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar, Sultan Yang DiPertuan Bagi Negeri dan Jajahan Takluk Johor Darul Ta’zim dengan ini Kerajaan Negeri Johor memutuskan untuk mengisytiharkan hari Ahad, 3 November 2019, sebagai hari Cuti Khas Peristiwa.

“Pemberian Cuti Khas Peristiwa ini dibuat sebagai tanda meraikan dan memberikan penghargaan kepada semua penyokong pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) yang telah memberikan sepenuh komitmen dan sokongan yang tidak berbelah bahagi kepada pasukan JDT dalam mengharumkan nama negeri Johor.

Advertisement

“Keputusan pengisytiharan Cuti Khas Peristiwa ini adalah selaras dengan peruntukan kuasa yang diberikan di bawah Seksyen 9(1) Akta Hari Kelepasan Am 1951 [Akta 369],” menurut kenyataan rasmi Setiausaha Kerajaan Johor, Datuk Azmi Rohani.

Dalam aksi perlawanan akhir yang berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil malam tadi, JDT melakar kemenangan bergaya dengan menewaskan Kedah dengan 3-0.

Kemenangan itu menyaksikan sejarah berulang, sewaktu kali pertama JDT menjulang Piala Malaysia pada 2017, apabila menumpaskan Kedah dengan jaringan 2-0.

Advertisement

Kemenangan Piala Malaysia malam tadi melengkapkan musim cemerlang JDT bagi 2019 selepas memenangi Piala Sumbangsih dan Liga Super.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top