BM | EN | 中文

Johor catat peningkatan berterusan selama empat tahun dalam keputusan STPM

STPM.jpg

Azman (tengah) pada sidang media Pengumuman Keputusan Peperiksaan STPM 2019 di Hotel New York, hari ini.

Advertisement

JOHOR BAHRU, 25 FEB : Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK) negeri Johor bagi Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) 2019 meningkat sebanyak 0.03 mata berbanding tahun sebelumnya.

Pengarah Pendidikan Negeri Johor, Azman Adnan berkata, PNGK pada tahun 2019 adalah 2.87 manakala tahun 2018 PNGK direkodkan ialah 2.84.

Katanya, PNGK itu dihitung berdasarkan kepada nilai gred bagi empat mata pelajaran terbaik termasuk pengajian Am di mana negeri Johor merekodkan peningkatan berterusan selama empat tahun dalam keputusan peperiksaan tersebut.

Advertisement

“Seramai 114 orang calon STPM 2019 mendapat PNGK 4.00 berbanding dengan 82 orang calon dalam peperiksaan STPM 2018 iaitu peningkatan seramai 32 orang calon.

“Di mana daripada jumlah tersebut, 92 orang calon adalah dari aliran sastera dan 22 orang calon dari aliran sains.

“Dari segi kelulusan peringkat prinsipal bagi tahun 2019, peratus calon yang lulus penuh 1 hingga 5 mata pelajaran adalah pada nilai 99.16 peratus,” katanya.

Advertisement

Beliau berkata demikian kepada wartawan pada sidang media Pengumuman Keputusan Peperiksaan STPM 2019 di Hotel New York, hari ini.

Tambah beliau lagi, sebanyak 55 daripada 75 buah sekolah telah mencapai kelulusan penuh 100 peratus.

“Seramai 171 orang calon lulus penuh lima mata pelajaran; 3,701 orang calon lulus penuh empat mata pelajaran; 632 orang calon lulus penuh tiga mata pelajaran; 295 orang calon lulus penuh dua mata pelajaran dan 128 orang calon lulus penuh satu mata pelajaran,”katanya.

Advertisement

Beliau berkata, bagi jumlah calon yang mendapat lulus penuh lima dan empat mata pelajaran telah meningkat sebanyak 1.55 peratus iaitu membabitkan 3,535 calon pada tahun 2018 kepada 3,872 calon pada tahun 2019.

“Sekolah-sekolah yang menghasilkan calon cemerlang paling ramai adalah Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Taman Johor Jaya (1), Pasir Gudang iaitu seramai 13 orang diikuti SMK Sultan Ibrahim, Kulai seramai enam orang.

“SMK Sultan Ismail, Johor Bahru, SMK Dato’ Sri Amar Diraja Muar, SMK (P) Sultan Abu Bakar, Muar, Kolej Tingkatan Enam Pontian dan SMK Bandar Tenggara, Kulai masing-masing terdapat lima calon cemerlang.

Advertisement

“Dua calon negeri Johor iaitu Oon Men Joo dari SMK Taman Johor Jaya (1), Pasir Gudang dan Lee Jia Long dari SMK Tunku Abdul Rahman Putra, Kulai menerima anugerah pelajar terbaik peringkat kebangsaan oleh Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM),” katanya lagi.

Beliau juga memaklumkan jurang prestasi antara calon bandar dan luar bandar bagi peperiksaan STPM 2019 telah dapat dikurangkan dengan banyaknya berbanding tahun-tahun sebelum ini.

JohorKini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top