BM | EN | 中文

Johor catat kutipan hasil RM1.93 bilion bagi 2019

dr-sahruddin-jamal-amanat-mb-1.jpg

Dr Sahruddin ketika berucap pada Majlis Amanat Menteri Besar Johor 2020 di Persada Johor

Advertisement

JOHOR BAHRU, 2 FEB: Johor mencatatkan kutipan hasil sebanyak RM1.93 bilion iaitu jumlah yang belum diaudit bagi tahun berakhir 31 Disember 2019.

Jumlah berkenaan juga melebihi anggaran asal belanjawan tahun lalu iaitu RM1.55 bilion.

Menteri Besar Johor, Datuk Dr Sahruddin Jamal berkata, prestasi kutipan hasil ini mencatatkan pencapaian sebanyak 124.60 peratus, sekaligus merupakan pencapaian hasil tertinggi yang pernah dicatatkan oleh negeri Johor.

Advertisement

Katanya, peningkatan peratusan keseluruhan prestasi hasil negeri pada tahun 2019 adalah adalah daripada pentadbiran tanah selain hasil-hasil lain.

“Walaupun prestasi hasil menunjukkan catatan yang baik, namun usaha perlu dipertingkatkan untuk menambah hasil berulang bagi menjamin kestabilan fiskal jangka panjang,” katanya.

Beliau berkata demikian di hadapan kira-kira 1,000 kakitangan kerajaan negeri Johor pada Majlis Amanat Menteri Besar Johor 2020 di Persada Johor, di sini hari ini.

Advertisement

Tambah beliau, prestasi perbelanjaan mengurus bagi tahun berakhir 31 Disember 2019 adalah 97.17 peratus, menunjukkan peningkatan prestasi berbanding 2018, iaitu pada kadar 95.70 peratus.

“Manakala prstasi perbelanjaan pembangunan bagi tahun berakhir 31 Disember 2019 adalah 92.07 peratus, menunjukkan peningkatan prestasi berbanding 2018 iaitu pada kadar 87.84 peratus.

“Secara keseluruhan, Akaun Hasil Disatukan kerajaan negeri Johor bagi tahun berakhir 31 Disember 2019 yang belum diaudit mencatatkan lebihan sebanyak RM68.268 juta,” katanya lagi.

Advertisement

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top