BM | EN | 中文

Johor catat 8,905 kelahiran semenjak PKP dilaksana

ibu-dan-bayi-liputan6.com_.jpg

Gambar Ehsan liputan6.com

Advertisement

JOHOR BAHRU, 4 MEI: Sejumlah 8,905 kelahiran direkodkan di semua fasiliti kesihatan di negeri Johor semenjak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan.

Menurut Pengerusi Jawatankuasa Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar negeri, R Vidyananthan, daripada jumlah itu, 6,044 kelahiran adalah di hospital kerajaan.

Dalam pada itu katanya sejumlah 3,792 kes pembedahan kecemasan dan separa kecemasan dilaksanakan di hospital kerajaan sepanjang tempoh yang sama.

Advertisement

“Walaupun dalam keadaan kita berhadapan dengan Covid-19, masyarakat tidak perlu bimbang dan gusar.

“Terdapat sembilan fasiliti kesihatan di negeri ini terus mengendalikan kes-kes lain selain daripada kes Covid-19, termasuk kes kecemasan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Ia membabitkan antaranya Hospital Sultan Ismail Johor Bahru, Hospital Pakar Sultanah Fatimah Muar, Hospital Sultanah Nora Ismail Batu Pahat, Hospital Segamat, Hospital Kota Tinggi, Hospital Temenggong Seri Maharaja Tun Ibrahim Kulai, Hospital Mersing, Hospital Pontian dan Hospital Tangkak

Advertisement

Selain itu sepuluh Pejabat Kesihatan Daerah, 98 Klinik Kesihatan, 261 Klinik Desa, 33 Klinik Komuniti dan dua Pusat Hemodialisis di seluruh Johor terus memberikan pelbagai perkhidmatan kesihatan kepada lebih tiga juta rakyat Johor.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top