BM | EN | 中文

Johor cadang wujud pusat transit gelandangan

Zaiton-Ismail-gelandangan-JKM-Johor.jpg

Zaiton pada majlis penutupan Pusat Gelandangan Sementara Negeri Johor yang mula beroperasi di Kem Wawasan Negara, Gunung Pulai pada 4 April lalu akibat wabak pandemik Covid-19

Advertisement

KULAI, 10 JUN: Kerajaan negeri Johor bercadang mewujudkan Pusat Gelandangan Transit di Bandaraya Johor Bahru, yang berfungsi sebagai tempat perlindungan sementara bagi golongan itu sebelum memperolehi kehidupan yang lebih baik.

Exco Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat negeri Zaiton Ismail berkata golongan berkenaan akan mendapat perlindungan di pusat transit itu selama enam bulan sambil dibantu dari segi pekerjaan, motivasi dan profil dengan bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat.

“Kita sedang mencari jalan bagaimana cara untuk mengatasi isu gelandangan ini sekiranya Perintah Kawalan Pergerakan selesai. Jadi kita bermesyuarat, berbincang dan merancang dengan Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) untuk wujudkannya.

Advertisement

“Bukan (pusat gelandangan) kekal tetapi transit sahaja,” katanya, lapor Bernama.

Beliau terdahulu merasmikan majlis penutupan Pusat Gelandangan Kem Wawasan Gunung Pulai, di sini, semalam.

Zaiton berkata pusat perlindungan transit seharusnya dikendalikan oleh Pihak BerkuasaTempatan (PBT) dan berharap agar MBJB dapat mengikut langkah sama yang telah dilakukan di Kuala Lumpur dan Pulau Pinang.

Advertisement

Beliau berkata cadangan untuk mewujudkan pusat itu juga adalah hasil pemerhatian pihaknya, yang mendapati gelandangan di kem sementara COVID-19 dilihat mampu berubah menjadi insan yang lebih baik.

“Apa yang saya lihat, kira-kira dalam tempoh dua minggu di sini (Kem Wawasan Gunung Pulai), ada perubahan yang berbeza dalam diri mereka dengan motivasi yang kita berikan.

“Justeru, jika pusat transit itu dibuka, gelandangan di situ bukanlah duduk dengan kekal, tetapi tempoh enam bulan itu untuk mendidik, beri motivasi dan selepas itu, (kita) lepaskan mereka setelah dapat berdikari sendiri dan jika ada peluang pekerjaan,” katanya.

Advertisement

Sementara itu, beliau menjelaskan kem itu yang menempatkan seramai 248 gelandangan di negeri ini berikutan pandemik COVID-19, bermula 4 April lepas dan secara rasminya ditutup pada 7 Jun setelah kesemua penghuni disantuni oleh pelbagai agensi.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top