BM | EN | 中文

Johor cadang kuarantin tujuh hari untuk rakyat M’sia yang pulang bukan bawah skim PCA

tambak-johor.jpg

Gambar HIasan / Gambar Ehsan Media Corp

Advertisement

JOHOR BAHRU, 11 NOV: Kerajaan Johor mencadangkan tempoh kuarantin bagi rakyat Malaysia yang ingin pulang ke tanah air dan bukan di bawah kategori Peraturan Ulang Alik Berkala (PCA) untuk menjalani tempoh kuarantin tujuh hari di pusat kuarantin dan rumah masing-masing berbanding 14 hari sebelum ini.

Menteri Besar Johor, Datuk Hasni Mohammad berkata demikian dalam satu kenyataan semalam.

“Semoga saranan daripada kerajaan Johor ini dipertimbangkan dengan kadar segera oleh Kerajaan Persekutuan, demi kebaikan dan
kesejahteraan bersama,” katanya.

Advertisement

Dalam pada itu Hasni berkata kerajaan Johor turut menyarankan SOP khusus kepada Kerajaan Persekutuan bagi pembukaan skim ketiga selepas Laluan Hijau Timbal Balik (RGL) dan Peraturan Ulang Alik Berkala (PCA), iaitu Daily Commuting Arrangement (DCA) dengan Singapura.

“Meskipun kuasa penuh pembukaan sempadan kedua-dua buah negara adalah dalam bidang kuasa Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Negeri Johor telah bersedia dengan kapasiti yang sepatutnya, bagi menjayakan DCA seperti yang telah diutarakan.

“Pembukaan skim ketiga ini amatlah penting bagi memudahkan lagi pergerakan rakyat Malaysia yang masih berada di Singapura sejak bermulanya penutupan sempadan Malaysia dan Singapura, lapan bulan yang lalu,” ujarnya lagi.

Advertisement

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top