BM | EN | 中文

Johor cadang bangunkan kilang sisa pepejal kepada tenaga

kota-iskandar-bangunan-dun-johor.png

Gambar Ehsan Flickr / Mie Abdullah

Advertisement

ISKANDAR PUTERI, 25 NOV: Johor bercadang membangunkan sebuah kilang Pemulihan dan Rawatan Lanjutan Modular Sisa Pepejal (SMART) yang akan menukar sisa pepejal kepada tenaga (WTE) dalam usahanya menangani isu sisa pepejal di negeri ini pada masa hadapan.

Exco Perumahan dan Kerajaan Tempatan Ayub Jamil berkata kerajaan negeri pada dasarnya bersetuju agar projek ini diuruskan ofeh Permodalan Darul Ta’zim (PDT) dengan kerjasama syarikat swasta.

Befiau berkata projek itu yang akan dibangunkan di Seelong, Johor Bahru dan menelan kos RM600 juta bakal menggunakan model perkongsian awam swasta.

Advertisement

“Kerajaan negeri sudah bersetuju pengurusan sampah ini untuk dijadikan tenaga dan (seterusnya) boleh menjadi sumber pendapatan baharu.

“Anak syarikat kita PDT, dijangka mempunyai kepentingan dalam pelaburan ini, kita merujuk kepada model pertama dalam negara kita iaitu Kilang Smart WTE di Tanah Merah (Negeri Sembilan), yang diuruskan Cypark Resources Bhd,” katanya pada hari kelima Persidangan Keempat Dewan Undangan Negeri Johor ke•14 di Bangunan Sultan Ismail, di sini, semalam.

Ayub berkata Cypark Resources, merupakan antara pembekal utama tenaga hijau dalam negara dan turut tersenarai dalam Bursa Malaysia.

Advertisement

Menurutnya kilang tersebut boleh menghasilkan 20 hingga 25 megawatt tenaga sejam, yang mana memerlukan 1,000 tan sampah serta mempunyai kapasiti untuk menghasilkan 480 ningga 600 megawatt sehari.

Beliau berkata tapak pelupusan sampah di Seelong, yang meliputi kawasan Johor Bahru, Iskandar Puten, Kulai dan Pasir Gudang misalnya boleh mengumpul kira-kira 1,800 tan sampah sehari.

Ayvb berkata demikian ketka menjawab soalan lisan Ee Chin Li (PH-Tangkak) dan Tan Hong Pin (PH-Skudai) mengenai usaha kerajaan negeri dalam mengurangican sisa pepejal dan langkan yang diambil terhadap tapak pelupusan sampah yang telah ditutup.

Advertisement

Menurutnya, kerajaan negeri turut bercadang membangunkan ladang solar alau tempat rekreasi awam di atas tapak pelupusan sampah yang telah ditutup.

Johor mempunyai sembilan tapak pelupusan yang masih beroperasi manakala tiga lagi telahpun ditutup iaitu di Simpang Renggam, Bakri dan Tangkak.

‘Kerajaan pusat telah bersetuju membayar satu tan sampan bersamaan RM1 yang mana kita akan gunakan sebagai modal untuk membangunkan tapak pelupusan ini,” katanya.

Advertisement

Selain itu katanya, kepakaran Cypark yang mempunyai pengalarnan dalam membangunkan ladang solar, diyakini dapat membantu dalam menjayakan usaha tersetut.

Ayob berkata Johor juga bakal melancarkan “Smart Waste Collection’ dengan menjadikan Pengerang sebagai bandar pertama pintar yang menggunakan teknologi dari Finland pada awal bulan depan.

“Teknolcgi ini yang akan menguruskan sampah komersial, industri dan institusi bakal menjana sumber baharu pendapatan buat pihak berkuasa tempatan pada masa hadapan,” katanya.

Advertisement

Bernama

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top