BM | EN | 中文

JOHOR BINA LEBIH BANYAK RUMAH MAMPU BIAYA

rumah-contoh.jpg
Advertisement

 

ISKANDAR PUTERI, 21 NOV : Kerajaan negeri dalam proses membina sebanyak 16,865 unit rumah mampu biaya Johor (RMMJ) yang dijangka siap pada tahun 2020 hingga 2023.

Menteri Besar Johor, Datuk Dr Sahruddin Jamal berkata, manakala, sebanyak 7,623 unit rumah RMMJ telah siap dibina dari tahun 2018 hingga 2019.

Advertisement

“Terdapat beberapa projek lagi yang akan dilaksanakan bagi sektor perumahan pada tahun depan.

“Antaranya kerajaan negeri menerusi Kumpulan Prasarana Rakyat Johor (KPRJ) akan membina sebanyak 64 unit RMMJ jenis C dan 142 unit RMMJ jenis D di daerah Kulai.

“Program Rumah Mesra Rakyat Johor juga akan diteruskan dan diperkasa dengan peruntukkan kerajaan negeri Johor sebanyak RM2 juta.

Advertisement

“Insentif pemberian baucar sebanyak RM1,000 kepada pembeli RMMJ juga akan diteruskan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika membentangkan Belanjawan Johor 2020 pada Mesyuarat Ketiga (Belanjawan 2020) Bagi Penggal Persidangan Kedua Dewan Negeri Johor Yang Ke-14, di sini hari ini.

Dalam pada itu, Dr Sahruddin memberitahu, kerajaan negeri turut bersetuju memperuntukkan sebanyak RM500,000 kepada program perihatin Program Perumahan Rakyat (PPR).

Advertisement

“Kerajaan negeri juga mengambil insentif bagi membantu mengurangkan lambakan hartanah yang tidak terjual di negeri ini menerusi dua insentif bersifat kempen untuk tempoh tertentu.

“Insentif pertama, kerajaan negeri bersetuju menurunkan harga minima perolehan kepentingan asing daripada RM1 juta kepada RM600,000.

“Manakala, insentif kedua, pelepasan hartanah bumiputera kepada pembangunan jenis kediaman berharga RM700,000 dan ke atas,” katanya lagi.

Advertisement

JohorKini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top