BM | EN | 中文

Johor berjaya siapkan 5,597 RMBJ tahun lepas

IMG-20200119-WA0004.jpg
Advertisement

ISKANDAR PUTERI, 19 JAN : Menurut Laporan Taskforce Perumahan Johor, sebanyak 5,597 unit Rumah Mampu Biaya Johor (RMBJ) berjaya disiapkan sepanjang tahun lalu berbanding sebanyak 2,035 unit pada 2018.

Exco Perumahan, Komunikasi dan Multimedia negeri, Dzulkefly Ahmad berkata, usaha untuk membangunkan RMB ini akan diteruskan dan sasaran untuk tahun 2020 adalah sebanyak 3,750 unit lagi siap dibina manakala 13,793 unit yang masih dalam pembinaan dijangka akan siap antara tahun 2021 hingga 2023.

Katanya, dengan kemajuan ini jumlah RMBJ yang telah siap semenjak 2018 termasuk diperingkat pembinaan yang dijangka siap sehingga 2023 adalah sebanyak 25,175 unit.

Advertisement

“Jenis rumah yang terbabit dalam pembinaan yang telah disiapkan adalah RMBJ, Program Perumahan Rakyat (PPR), Perumahan Penjawat Awam Malaysia (PPAM) dan Perumahan Prima.

“Kita setuju supaya Skim Rumah Mesra yang dibuat oleh Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) di bawah Kerajaan Pusat akan dimasukkan di dalam sasaran 100,000 unit rumah rakyat.

“Selain itu peruntukkan Rumah Mesra melalui Kumpulan Prasarana Rakyat Johor (KPRJ) sebanyak RM 2 Juta yang dimasukkan dalam Belanjawan Johor 2020 itu juga akan dimasukkan di dalam sasaran tersebut,” katanya kepada JohorKini.

Advertisement

Dzulkefly yang juga Adun Kota Iskandar berkata, setakat ini kerajaan telah meluluskan sebanyak lima projek pembangunan RMBJ di atas tanah kerajaan (Fasa 1) yang diberikan kepada KPRJ.

“Kita bercadang untuk mengenalpasti 10 lagi projek (Fasa 2 dan 3) di mana agensi pelaksananya adalah syarikat berkaitan kerajaan (GLC) Johor seperti Yayasan Pelajaran Johor Holdings (YPJH), Perbadanan Islam Johor Holdings (PIJH) dan Johor Land Berhad.
“Ia semua membabitkan tanah kerajaan. Dijangka paling lewat pun pada bulan Mac ini akan berlangsung pecah tanah dan projek ini akan dijalankan dengan seratus peratus RMB khusus untuk rakyat di negeri Johor,” katanya.

Tambahnya, lima tapak tersebut berada di daerah Kulai, Kluang, Tangkak, Johor Bahru dan Batu Pahat serta projek tersebut akan berjalan dengan serentak.

Advertisement

“Semua projek ini akan dibuat secara ‘fast track’ kerana permohonan Kebenaran Merancangan (KM) dan kelulusan dari Majlis Mesyuarat Kerajaan (MMK) juga dijalankan secara segera,” katanya lagi.

JohorKini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top