BM | EN | 中文

Johor beri rebat cukai tanah 15 peratus bermula Oktober

kota-iskandar-bangunan-dun-johor.png

Gambar Ehsan Flickr / Mie Abdullah

Advertisement

JOHOR BAHRU, 28 SEPT: Bermula 1 Oktober, semua pemilik hartanah di negeri Johor akan menikmati pemberian rebat cukai tanah 15 peratus bagi tahun 2020, kata Menteri Besar Datuk Ir Hasni Mohammad.

Katanya selain itu, rebat cukai 10 peratus akan diberikan pada 2021 dan lima peratus pada 2022, seperti yang telah diumumkan dalam penggulungan Rundingan Pakej Rangsangan Ekonomi Ihsan Johor 2020, pada Mesyuarat Kedua Bagi Penggal Persidangan Ketiga Dewan Negeri Johor Yang Ke-14, 13 September lalu.

“Tempoh bayaran cukai tanah telah dilanjutkan hingga 14 Dis ini, manakala denda lewat cukai tanah semasa akan dikenakan bermula 15 Dis.

Advertisement

“Bagi pemilik hartanah yang tidak menjelaskan cukai tanah semasa tahun 2020 bermula 15 Dis, cukai tanah tersebut akan dikira sebagai tunggakan dan denda lewat akan dikenakan mulai tarikh tersebut,” katanya dalam satu kenyataan, di sini, hari ini.

Hasni turut menjelaskan pemberian rebat 15 peratus tersebut tidak akan diberikan kepada pembayar cukai tanah yang menjelaskan cukai tanah selepas 14 Dis, manakala mereka yang telah menjelaskan bayaran cukai pada tahun 2020, lebihan bayaran akan dikreditkan ke tahun berikutnya.

“Ini bermakna pada tahun 2021, rebat yang diterima adalah sebanyak 25 peratus.

Advertisement

“Bagi menikmati pemberian rebat pada tahun 2021 dan 2022, semua pemilik tanah perlu menjelaskan cukai tanah tahun berkenaan sebelum atau selewat-lewatnya pada 31 Mei,” katanya.

Bernama

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top