BM | EN | 中文

JOHOR BERI INSENTIF RM500,000 KEPADA JDT

IMG-20191103-WA0003.jpg
Advertisement

 

JOHOR BAHRU, 13 NOV : Kerajaan negeri bersetuju untuk memberikan insentif berjumlah RM500,000 kepada pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) atas kejayaan menjuarai Piala Malaysia 2019, pada 2 November yang lalu.

Menteri Besar, Datuk Dr Sahruddin Jamal berkata, insentif ini diberikan sebagai dorongan dan pemangkin di atas semangat serta komitmen yang ditunjukkan oleh pasukan JDT sehingga berjaya memenangi piala berprestij ini.

Advertisement

“Bagaimanapun, Duli Yang Amat Mulia (DYAM) Tunku Mahkota Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Pemangku Raja telah berkenan untuk mengurniakan semula insentif ini kepada Kerajaan Negeri Johor, hari ini.

“Kurniaan semula ini adalah bagi menampung pembelian bot pengutip sampah untuk tujuan pembersihan sungai-sungai di negeri Johor demi melestarikan alam sekitar dan mengatasi masalah pencemaran yang berlaku,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Sehubungan itu, beliau berkata, kerajaan negeri menjunjung setinggi-tinggi kasih dan penghargaan di atas keprihatinan DYAM Tunku Mahkota Ismail,” katanya lagi.

Advertisement

JohorKini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top