BM | EN | 中文

Johor beralih ke Fasa 2 dalam tempoh seminggu

cover-covid-johor-01.jpg
Advertisement

JOHOR BAHRU, 2 SEPT: Johor dijangka beralih ke Fasa 2 Pelan Pemulihan Negara (PPN) dalam tempoh seminggu ekoran penerimaan bekalan vaksin sebanyak 1.9 juta untuk Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK), sepanjang September ini.

Menteri Besar, Datuk Hasni Mohammad berkata, hal itu kerana pihaknya yakin Johor mencapai kadar 50 peratus penduduk menerima vaksin lengkap dalam beberapa hari ini.

“Kita dijanjikan menerima bekalan 1.9 juta dos vaksin Covid-19 untuk September. Jadi kita jangka dalam masa sehari dua capai 50 peratus penerima vaksin lengkap manakala lebih 77 peratus mendapat vaksin dos pertama.

Advertisement

“Dengan perancangan untuk September ini, kita jangka boleh capai 100 peratus dos pertama pada hujung September dan membolehkan kita lengkap beri vaksin dos kedua pada Oktober.

“Dengan itu, dalam minggu ini kita sudah boleh beralih ke Fasa 2, cabaran yang kita perlu hadapi adalah mereka yang lambat dapat maklumat dalam MySejahtera,” katanya, lapor Utusan Online.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melakukan Tinjauan Kerja ke Jabatan Pendidikan Negeri Johor dan Penyerahan Komputer Riba di Jabatan Pendidikan Negeri Johor, di sini hari ini.

Advertisement

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top