BM | EN | 中文

Johor bentuk JK khas teliti dasar sosial, ekonomi pasca Covid-19

Kota-Iskandar-Johor.jpg

Ganbar Ehsan images.vidi.co

Advertisement

ISKANDAR PUTERI, 8 SEPT: Kerajaan Johor akan membentuk satu jawatankuasa khas untuk meneliti saranan dasar-dasar sosial dan ekonomi pasca-COVID-19 negeri itu yang turut dianggotai ketua dan wakil rakyat pembangkang.

Menteri Besar Datuk Hasni Mohammad berkata jawatankuasa khas yang turut dianggotai timbalan-timbalan setiausaha kerajaan dan ketua-ketua jabatan agensi persekutuan dan negeri itu, merupakan antara Iangkah kerajaan negeri dalam menambah balk libat urus antara wakil rakyat kerajaan dan pembangkang.

Beliau berkata usaha menambah balk libat urus termasuk pemberian peruntukan khas secara berkala untuk semua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN), mengadakan sesi taklimat bersama wakil-wakil rakyat di luar takwim persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor serta melaksanakan reformasi DUN Johor mengikut kesesuaian dan keperluan.

Advertisement

“Pada hemat saya, wajar bagi kerajaan negeri untuk menambah baik libat urus kerajaan. Libat urus ini (yang) melibatkan kesemua Ahli-ahli Yang Berhormat kerajaan mahupun pembangkang haruslah bersifat berkekalan, tidak bersifat one-off (sekali sahaja) atau buat masa itu sahaja.

“Libat urus berkekalan juga perlu ditambah balk agar meninggalkan impak yang positif kepada sistem demokrasi yang kita junjung,” katanya ketika menggulung persidangan DUN Johor di Bangunan Sultan Ismail, Kota Iskandar di sini kelmarin.

Hasni berkata peruntukan khas itu akan terus diberikan kepada semua ADUN berdasarkan keperluan untuk membiayai pelbagai inisiatif prorakyat di kawasan masing-masing dengan kerajaan negeri memperuntukkan RM130,000 untuk setiap ADUN tahun lepas manakala RM350,000 diberikan tahun ini.

Advertisement

Menurut Hasni, kerajaan negeri komited untuk sentiasa mendengar pandangan wakil rakyat pembangkang menerusi sesi taklimat dan perbincangan yang akan dilakukan pada masa akan datang dengan yang terdekat adalah gerak kerja kerajaan negeri dalam merangka Belanjawan Johor 2022.

Mengenai reformasi DUN Johor pula, beliau memberi komitmen untuk mempertimbangkan penubuhan lebih banyak jawatankuasa pilihan khas di peringkat DUN Johor pada masa hadapan sekali gus menjadikan inisiatif itu sebagai usaha yang berkekalan.

“Namun begitu, penglibatan Ahli-ahli Yang Berhormat pembangkang untuk berada di Jawatankuasa Tindakan di peringkat negeri dan daerah adalah tidak perlu kerana ia berkaitan pelaksanaan dasar-dasar kerajaan,” katanya.

Advertisement

Mengenai usaha mengukuhkan inisiatif bagi membantu rakyat Johor yang berada dalam kesusahan, beliau berkata kerajaan negeri antara lain akan membantu peniaga kecil yang tidak berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia dan memberi khidmat sokongan kepada golongan yang trauma akibat kehilangan keluarga akibat COVID-19.

Bernama

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top