BM | EN | 中文

Johor benarkan solat Jumaat, solat Aidilfitri dan proses akad nikah secara bersyarat dalam tempoh PKPB

IMG-20200513-WA0007.jpg
Advertisement

JOHOR BAHRU, 13 MEI: Kerajaan negeri kini membenarkan pelaksanaan proses akad nikah dan solat Jumaat serta solat sunat Aidilfitri untuk dilaksanakan dalam tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Exco Hal Ehwal Agama Islam negeri, Tosrin Jarvanthi berkata, pelaksanaannya bagaimanapun perlu mematuhi syarat ditetapkan Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ).

Katanya, Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar telah bertitah dan berkenan membenarkan pelaksanaan solat Jumaat, solat Aidilfitri dan majlis akad nikah dalam tempoh PKPB.

Advertisement

“Pelaksanaan solat Jumaat bermula 15 Mei ini dan solat Aidilfitri bagaimanapun hanya dihadkan kepada 12 jemaah sahaja melibatkan imam, bilal, noja dan ahli jawatankuasa yang digilirkan.

“Sementara itu, proses akad nikah perlu mematuhi Pekeliling Pengurusan Nikah, Cerai dan Rujuk Negeri Johor Sepanjang Tempoh PKPB yang telah dikeluarkan,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar yang diadakan di Pusat Islam Iskandar, di sini hari ini.

Advertisement

[TONTON KAEDAH BAYAR ZAKAT FITRAH DI JOHOR SECARA ONLINE] 

Menurut Tosrin, pelaksanaan proses akad nikah yang dibenarkan bermula 17 Mei ini perlu dilaksanakan di Pejabat Kadi Daerah dan tidak boleh melebihi enam orang termasuk pengantin, wali dan saksi.

“Jumlah perkahwinan yang dijangka akan dilaksanakan sepanjang tempoh PKPB ini melibatkan seramai 872 pasangan membabitkan daerah sama, daerah berlainan dan negeri berlainan.

Advertisement

“Jumlah tersebut merupakan kebenaran perkahwinan yang dikeluarkan Pejabat Kadi di negeri sebelum berkuatkuasanya Perintah Kawalan Pergerakan pada 18 Mac lalu,” tambahnya.

Beliau turut memaklumkan majlis resepsi pengantin masih tidak dibenarkan kerana melibatkan perhimpunan orang ramai yang bercanggah dengan pelaksanaan PKPB.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top