BM | EN | 中文

Johor benarkan operasi pasar pagi dan pasar malam berperingkat mulai 15 Jun

pasar-karat-jb.jpg

Gambar Ehsan Johor Foodie

Advertisement

JOHOR BAHRU, 9 JUN: Kerajaan Johor akan membuka semula pasar pagi, pasar malam kawalan bermula 15 Jun dengan mengikut garis panduan dan prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.

Pengerusi Jawatankuasa Perumahan Dan Kerajaan Tempatan Negeri Johor Ayub Jamil berkata kebenaran menjalankan perniagaan dalam sektor itu juga akan dilaksanakan secara berperingkat di semua pihak berkuasa tempatan (PBT).

“Pasar pagi dan pasar malam yang akan dibuka ini perlulah mematuhi jarak sosial pada kedudukan gerai yang ditetapkan 1.5 meter hingga 2 meter.

Advertisement

“Lokasi kawasan juga perlulah di kawasan lapang atau kawasan bersesuaian yang berpagar bagi mengawal laluan keluar masuk secara sehala.

“Usaha ini adalah sebagai langkah bagi melihat terlebih dahulu pematuhan peniaga dan pembeli kepada SOP yang ditetapkan,” kata Ayub dalam satu kenyataan semalam.

Katanya satu mesyuarat bersama Datuk Bandar dan Yang Dipertua 16 PBT di Johor akan diadakan pada hari Rabu, 10 Jun bagi menentukan dan menetapkan pelan tindakan pembukaan semula pasar pagi dan pasar malam di seluruh Johor.

Advertisement

Tambah beliau, sebelum Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dikuatkuasakan pada 18 Mac Johor mempunyai 4,409 peniaga pasar pagi dan 23,184 peniaga pasar malam di 53 lokasi pasar pagi dan 194 pasar malam di semua kawasan PBT negeri.

Ayub menjangkakan apabila pasar pagi dan pasar malam dibuka semula di Johor bermula 15 Jun jumlah lokasi namun bilangan peniaga akan berkurangan.

Justeru, penyelarasan semula pasar ini akan dibuat oleh PBT bagi memastikan kedua-dua pasar ini mengikut SOP yang ditetapkan serta memudahkan pihak PBT membuat pemantauan dan penguatkuasaan. – Johorkini

Advertisement

Like, Subscribe, Follow & Share

Sokong portal media & berita dari Johor

Youtube http://youtube.com/c/JohorkiniTV

Advertisement

Telegram https://t.me/johorkinimy

Twitter https://twitter.com/myjohorkini

Instagram http://instagram.com/johorkini.my

Advertisement

Website http://johorkini.my

Facebook http://facebook.com/jkini.my

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top