BM | EN | 中文

Johor benarkan operasi bazar Ramadan, Aidilfitri di tiga daerah PKP

bazar-ramadhan.jpg
Advertisement

JOHOR BAHRU, 7 MEI: Kerajaan Johor membenarkan operasi bazar Ramadan dan Aidilfitri di tiga daerah yang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bermula esok, untuk terus beroperasi dengan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) yang ketat.

Exco Perumahan dan Kerajaan Tempatan Johor Ayub Jamil berkata waktu operasi bazar Ramadan di daerah Johor Bahru, Kota Tinggi dan Kulai bermula 3 petang hingga 8 malam, manakala bazar Aidilfitri bermula 10 pagi hingga 10 malam.

“Begitu juga dengan operasi bazar Ramadan di daerah Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) iaitu bermula 3 petang hingga 8 malam manakala bazar Aidilfitri bermula 10 pagi hingga 12 tengah malam,” katanya menerusi kenyataan di sini semalam.

Advertisement

Beliau bagaimanapun menjelaskan, sebarang perubahan atau pindaan serta keputusan terkini daripada kerajaan negeri berhubung maklumat lanjut mengenai perkara itu akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.

Terdahulu, Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dilaporkan berkata tiga daerah di Johor diletakkan di bawah PKP bermula esok hingga 20 Mei berikutan jumlah kes aktif yang direkodkan di lokaliti itu adalah tinggi dengan kebanyakan kes adalah sporadik dalam komuniti.

Pada 30 April lepas, empat bazar Ramadan di negeri ini diarah tutup serta-merta sebagai langkah berjaga-jaga selepas tapak perniagaan itu dikunjungi individu disyaki positif COVID-19.

Advertisement

Tahun ini, sebanyak 193 bazar Ramadan dan Aidilfitri dibenarkan beroperasi di 16 kawasan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) negeri Johor membabitkan 9,609 petak jualan.

Bernama

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top