BM | EN | 中文

Johor benarkan kuliah Subuh, Maghrib dan bacaan Yasin

solat-penjarakan-sosial-PKPP-masjid.jpg

Gambar Ehsan Bebas News

Advertisement

JOHOR BAHRU, 22 JUN: Kerajaan negeri Johor membenarkan pelaksanaan aktiviti kuliah Subuh dan kuliah Maghrib dengan tidak melebihi 30 minit serta bacaan Yasin tahlil dan bacaan surah Al-Kahfi pada setiap malam serta Subuh Jumaat dengan pematuhan penjarakan sosial.

Menurut kenyataan dikeluarkan Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ), pelaksanaan aktiviti itu dibenarkan mulai Jumaat 26 Jun 2020, bersamaan 4 Zulkaedah 1441H sehingga ke satu tarikh yang akan ditentukan.

Walaubagaimanapun semua aktiviti perhimpunan untuk tujuan agama seperti ceramah perdana dan seumpamanya di seluruh masjid dan surau di negeri ini ditangguhkan selaras Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).

Advertisement

Kenyataan tersebut dikeluarkan bersama Mufti Negeri Johor, Datuk Yahya Ahmad, Pengarah Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) Datuk Md Rofiki Samsuddin dan Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam Johor, Tosrin Jarvanthi.

Terdahulu, kerajaan Johor membenarkan solat Jumaat, solat berjemaah fardhu lima waktu dan solat sunat Hari Raya Aidil Adha dengan jumlah jemaah mengikut satu pertiga (1/3) kapasiti masjid dan surau dengan mematuhi penjarakan sosial.

Pelaksanaan ibadah korban bagi tahun 1441H juga dibenarkan di pusat-pusat penyembelihan dan masjid yang memiliki tempat penyembelihan yang diluluskan oleh Pejabat Kadi Daerah dan Pejabat Perkhidmatan Veterinar Daerah.

Advertisement

“Semua pihak yang terlibat dengan pengurusan masjid dan surau serta umat Islam di Negeri Johor Darul Ta’zim secara amnya hendaklah mematuhi arahan ini.

“Marilah kita bersatu hati merafakkan doa semoga wabak COVID-19 ini segera berakhir dan negeri kita beroleh perlindungan Allah SWT daripada segala wabak dan bencana,” tambah kenyataan itu lagi.

[VIDEO: Tak Payah Solat Jemaah Di Masjid? Takkan Tak Boleh Langsung? – Penjelasan Ustaz Shazni]

Advertisement

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top