BM | EN | 中文

Johor benar nikah di dewan masjid, surau mulai 7 November

masjid-sultan-abu-bakar-johor.jpg

Gambar Ehsan FB Masjid Sultan Abu Bakar Johor Bahru

Advertisement

JOHOR BAHRU, 4 NOV: Johor membenarkan majlis akad nikah dilaksanakan di dewan masjid dan surau yang terpilih di negeri Johor mulai 7 November.

Perkara itu dimaklumkan menerusi satu kenyataan bersama Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam Johor Tosrin Jarvanthi, Mufti Johor Datuk Yahya Ahmad dan Pengarah Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) Datuk Md Rofiki Samsudin, semalam.

Menurut kenyataan itu keputusan terbabit telah mendapat perkenan, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar sebagai Ketua Agama Islam Negeri sebagaimana peruntukan Fasal 57(A) Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Johor 1895 dan Seksyen 6 Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Johor) 2003.

Advertisement

“Sebanyak 105 dewan masjid dan surau yang terpilih seluruh negeri Johor membabitkan 91 masjid dan 14 surau.

“Selain itu akad nikah juga dibenarkan dilaksanakan di Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ), Pejabat Kadi Daerah, dewan dan balai raya.

“Pelaksanaan majlis akad nikah ini hendaklah diwajibkan mematuhi protokol kesihatan umum yang ditetapkan oleh pihak berkuasa sebagaimana dalam SOP Majlis Sosial Pelan Pemulihan Negara (PPN) Fasa 4.

Advertisement

“JAINJ akan mengeluarkan pekeliling terkini berkaitan majlis akad nikah ini dalam tempoh terdekat,” katanya.

Terdahulu, Astro Awani melaporkan kenyataan itu turut menyebut kebenaran pelaksanaan aktiviti pengimarahan masjid dan surau negeri Johor dalam tempoh PPN Fasa 4, dengan syarat bermula hari ini.

Katanya bagi program membudayakan Al-Quran, kuliah Maulidur Rasul, kuliah umum, kuliah khas, kuliah dhuha, kuliah zohor dan kuliah Jumaat, taklimat dan kursus, mini forum adalah dibenarkan, tetapi terhad dalam tempoh satu jam sahaja.

Advertisement

“Penceramah hanyalah yang bertauliah dalam negeri Johor sahaja sama ada kuliah secara bersemuka atau secara atas talian (online).

“Begitu juga bagi majlis zikir, selawat, program wirid dan tarikat, dibenarkan dalam tempoh satu jam dan terhad kepada ahli kariah dalam daerah sahaja. Mesyuarat dan progam gotong-royong pembersihan masjid dan surau adalah dibenarkan.

“Namun program yang melibatkan bermalam adalah ditangguhkan sehingga suatu arahan lain akan dimaklumkan,” tambah kenyataan itu.

Advertisement

Bagi kehadiran pegawai, ahli jawatankuasa pengurusan kariah Masjid dan Surau, penceramah serta jemaah bagi aktiviti pengimarahan masjid dan surau adalah kepada mereka yang telah lengkap menerima suntikan vaksin. Pengecualian vaksin hanya kepada mereka yang mempunyai perakuan bertulis dari Pejabat Kesihatan Daerah.

Katanya jemaah yang hadir ke masjid dan surau hendaklah menunjukkan bukti sijil digital vaksin melalui aplikasi MySejahtera atau kad vaksinasi kepada petugas masjid dan surau.

“Aktiviti memasak dan jamuan dalam kawasan masjid dan surau adalah tidak dibenarkan. Juadah hendaklah dibungkus untuk dibawa pulang.

Advertisement

“JAINJ, Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Kesihatan Negeri Johor hendaklah membuat pemantauan SOP masjid dan surau. Mana-mana masjid dan surau yang didapati melanggar SOP hendaklah ditutup,” maklum kenyataan itu.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top