BM | EN | 中文

Johor benar jemaah sepertiga kapasiti masjid, kecuali daerah Johor Bahru, Kulai

masjid-batu-pahat.jpg

Gambar Hiasan

Advertisement

JOHOR BAHRU, 4 MAC: Johor membenarkan solat Jumaat dan solat fardu dijalankan dengan kehadiran jemaah satu pertiga kapasiti sebenar masjid dan surau di lapan daerah di negeri itu mulai esok, selaras dengan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Bernama melaporkan Exco Hal Ehwal Agama Islam Tostin Jarvanthi berkata, lapan daerah berkenaan lalah Muar, Batu Pahat, Segamat Kluang Ponfian, Kota Tinggi, Mersing dan Tangkak

Bagaimanapun, beliau berkata daerah Johor Bahru dan Kulai dibenarkan 100 jemaah untuk solat fardhu dan Jumaat mulai esok berikutan status COVID-19 daerah berkenaan masih berada di zon merah.

Advertisement

Sementara itu Mufti Negeri Johor, Datuk Yahya Ahmad dilaporkan berkata, kebenaran itu dibuat selepas mendapat perkenan Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar semalam.

Baginda memperkenankan 100 jemaah tidak termasuk Ahli Jawatankuasa (AJK) dan pegawai masjid dan surau bagi daerah Johor Bahru dan Kulai yang kerap menjadi zon merah.

“Bagi lapan daerah lain iaitu Muar, Batu Pahat, Segamat, Kluang, Pontian, Kota Tinggi, Mersing dan Tangkak diberikan kebenaran satu pertiga kapasiti masjid dan surau untuk solat fardu dan Jumaat.

Advertisement

“Kuliah-kuliah agama di masjid dan surau dibenarkan dan hendaklah dilaksanakan oleh penceramah dan guru takmir dalam daerah sahaja.

“AJK masjid dan surau hendaklah sentiasa bertanggungjawab memastikan dan menguatkuasakan semua Prosedur Operasi Standard (SOP),” katanya dalam kenyataan hari ini.

Yahya turut meminta agar semua pihak bekerjasama dalam membendung penularan wabak COVID-19.

Advertisement

“Bersama-sama kita berdoa, bekerjasama dan bersungguh-sungguh dalam usaha membendung penularan COVID-19 di negeri dan negara kita,” katanya.

Johorkini

 

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top