BM | EN | 中文

Johor bangunkan pelabuhan ‘barter trade’ di Batu Pahat

batu-pahat-johor.jpg
Advertisement

ISKANDAR PUTERI, 16 NOV: Kerajaan negeri akan meminta kerjasama Kerajaan Pusat untuk membangunkan Pelabuhan Batu Pahat, dekat sini sebagai sebuah platform perdagangan antarabangsa khusus bagi negara di rantau ini.

Exco Kerja Raya, Pengangkutan dan Infrastruktur negeri, Mohd. Solihan Badri berkata, langkah berkenaan akan memberi manfaat bukan sahaja kepada kerajaan negeri, tetapi juga Persekutuan.

Menurut beliau, ia adalah sebahagian perancangan kerjasama yang terhasil antara tiga negara iaitu Segi Tiga Pertumbuhan Indonesia-Malaysia-Thailand (IMT-GT).

Advertisement

“Berhubung kerjasama itu, kita sedang mengkaji untuk melaksanakan projek-projek yang boleh menguntungkan negara anggota dan antaranya adalah pembangunan pelabuhan tukar barang atau ‘barter trade’ di Batu Pahat.

“Jadi kita minta Kerajaan Persekutuan untuk bantu kita, sama ada dalam bentuk peruntukan dan juga khidmat nasihat untuk melaksanakan perkara berkenaan,” katanya, lapor Utusan Online.

Ahad lalu, Mohd. Solihan turut menyertai Mesyuarat Sesi Roadshow Pasca RMK-12 bersama Menteri Besar, Datuk Hasni Mohammad dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), Datuk Seri Mustapa Mohamed di Kota Iskandar.

Advertisement

Baru-baru ini, Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob ketika mempengerusikan Sidang Kemuncak IMT-GT Ke-13 secara maya pada 28 Oktober lalu memaklumkan keputusan melibatkan tiga negeri sebagai ahli baharu IMT-GT iaitu Johor, Pahang dan Terengganu.

Hasni sebelum ini turut memaklumkan, penyertaan Johor dilihat amat bersesuaian kerana negeri berkenaan juga menjalin kerjasama erat dengan Indonesia melalui Kepulauan Riau.

Katanya, langkah Indonesia mahu membangunkan Riau sebagai kawasan pertumbuhan ekonomi baharu akan memberi manfaat kepada Johor untuk terlibat sama.

Advertisement

“Apabila Indonesia membangunkan daerah berkenaan, Malaysia juga harus membangunkan daerah di Pantai Barat. Maka dengan ini Johor mempunyai satu lagi ‘regional authority’,” jelasnya lagi.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top