BM | EN | 中文

JOHOR BAKAL PERKENAL FESTIVAL PERMAINAN TRADISIONAL DAN SUKAN RAKYAT DI JEPUN

IMG-20190916-WA0000.jpg
Advertisement

JOHOR BAHRU, 16 SEPT : Kerajaan negeri bercadang memperkenalkan Festival Permainan Tradisional Dan Sukan Rakyat di Jepun.

Langkah tersebut sebagai salah satu langkah untuk mempromosikan Tahun Melawat Johor pada tahun hadapan.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Kebudayaan dan Warisan negeri, Mohd Khuzzan Abu Bakar berkata, lawatan ke negara juga sekaligus mempromosikan festival berkenaan di peringkat antarabangsa

Advertisement

“Antara permainan tradisional yang akan diperkenalkan adalah gasing pangkah, congkak, batu seremban, sepak raga bulatan, diabolo (yoyo Cina) dan kabaddi.

“Festival Permainan Tradisional Dan Sukan Rakyat itu juga akan dimasukkan ke dalam kalendar pelancongan tahun hadapan sempena Tahun Melawat Johor 2020,” katanya.

Teks ucapan Mohd Khuzzan dibacakan oleh Adun Stulang, Andrew Chen Kah Eng semasa menjadi wakil rasmi pada Majlis Penutup Festival Permainan Tradisional dan Permainan Rakyat Negeri Johor kali kelima di Kompleks Belia dan Sukan, di sini, semalam.

Advertisement

Festival tersebut adalah anjuran Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) Negeri Johor yang mendapat sambutan menggalakkan dari segi penyertaan murid dan pelajar sekolah serta golongan dewasa.

Enam acara dipertandingkan iaitu gasing pangkah, congkak, batu seremban, sepak raga bulatan, diabolo dan kabaddi disertai oleh murid dan pelajar sekolah manakala permainan dam aji dan tarik tali terbuka kepada orang ramai.

Pada majlis penyampaian itu, daerah Johor Bahru dipilih sebagai juara keseluruhan dan membawa pulang piala pusingan yang julung kali diperkenalkan.

Advertisement

Tambah Mohd Khuzzan lagi, wakil bagi daerah yang terbaik akan bertanding pada peringkat negeri.

“Ia melibatkan acara gasing pangkah, congkak, batu seremban, sepak raga bulatan, diabolo, kabaddi, dam aji dan tarik tali,” katanya lagi.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top