BM | EN | 中文

Johor bakal menikmati NFCP sebelum 2023

IMG-20200210-WA0050.jpg

Dzulkefly menyempurnakan gimik pelancaran JohorKini

JOHOR BAHRU, 10 FEB:  Rundingan bersama Kementerian Komunikasi Malaysia dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) telah diadakan bagi membolehkan Pelan Fiber Optik dan Kesalinghubungan Negara (NFCP) berada di Johor lebih awal dari 2023.

Exco Perumahan, Komunikasi dan Multimedia negeri, Dzulkefly Ahmad berkata, NFCP merupakan infrastruktur asas kepada penyediaan perkhidmatan 5G di Malaysia.

Katanya, dengan kos sebanyak RM21.6 bilion, pelan lima tahun ini bertujuan meningkatkan liputan dan kelajuan internet pada kos mampu milik rakyat Malaysia.

“Dasarnya, YB Menteri (Gobind Singh Deo) telah bersetuju dan satu mesyuarat akan dilaksanakan dalam waktu terdekat.

“Tujuan mesyuarat bagi mengenalpasti peranan yang dimainkan oleh semua agensi yang terlibat,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada wartawan selepas menyempurnakan Majlis Amanat Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Komunikasi dan Multimedia negeri, di sini, hari ini.

Pada majlis sama, beliau turut menyempurnakan JohorKini Media Agency (JohorKini) sebagai media rasmi kerajaan negeri.

Dzulkefly yang juga Adun Iskandar Puteri percaya NCFP  sangat signifikan bagi negeri Johor untuk mengekalkan peranannya sebagai salah satu dari tiga negeri penyumbang utama Keluara Dalam Negara Kasar (KDNK) negara.

“NCFP juga signifikan untuk mengekalkan Johor sebagai penerima Pelaburan Terus Asing (FDI),” katanya lagi.

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top