BM | EN | 中文

Johor Bahru tertinggi kes denggi di negeri ini

JB-Johor-Bahru.jpg
Advertisement

JOHOR BAHRU, 17 OKT: Daerah Johor Bahru melaporkan kes denggi tertinggi, iaitu sebanyak 80.6 peratus dari jumlah keseluruhan kes di negeri ini yang mengalami peningkatan 9.2 peratus berbanding tenpoh sama tahun lalu.

Exco Kesihatan dan Alam Sekitar Negeri Johor, R Vidyanathan berkata, sebanyak 9,722 kes demam denggi dicatatkan di Johor bermula Januari 2020 sehingga kini, berbanding tempoh sama pada 2019 dengan jumlah 8,903 kes.

Beliau dalam satu kenyataan baru-baru ini berkata, daripada jumlah kes dilaporkan dari minggu pertama 2020 sehingga minggu ini, 5,151 kes atau 53 peratus dilaporkan dari lokaliti wabak dan 4,571 kes (47 peratus) dari lokaliti bukan wabak.

Advertisement

“Daerah Johor Bahru menyumbang 80.6 peratus diikuti Kulai (8 peratus), Kota Tinggi (2.5 peratus), Muar (2.5 peratus), Segamat (2.1 peratus), Batu Pahat (1.7 peratus), Tangkak (1.3 peratus), Pontian (0.8 peratus) dan Kluang (0.4 peratus).

“Tiada kes dilaporkan di Mersing. Daerah yang menunjukkan peningkatan jika dibandingkan dengan Minggu 40/2020 adalah Johor Bahru, Kota Tinggi, Kulai, Muar an Segamat.

“Pada Minggu Epid 41/2020 sebanyak 31 lokaliti wabak baru telah dilaporkan dan semua lokaliti tersebut adalah di Daerah Johor Bahru (29), Kulai (1) dan Tangkak (1).

Advertisement

“Terdapat 94 lokaliti wabak denggi yang masih aktif dilaporkan iaitu di Johor Bahru (86;91.5 peratus), Kulai 5; 5.3 peratus), Muar (1;1.1 peratus), Tangkak (1;1.1 peratus) dan Pontian 1;1.1 peratus),” katanya.

Jumlah terkumpul lokaliti wabak di Johor sehingga Minggu Epid 41/2020 adalah 1,448 beranding 1,153 dalam tempoh sama pada 2019 iaitu peningkatan sebanyak 25.6 peratus.

Namun tiada kematian dilaporkan pada Minggu Epid 41/2020 bagi seluruh Johor. Kumulatif kes kematian denggi sehingga Minggu Epid 41/2020 adalah sebanyak 35 kes.

Advertisement

Jumlah ini meningkat 52.2 peratus jika dibandingkan bagi tempoh sama pada 2019 iaitu 23 kes.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top