BM | EN | 中文

JOHOR BAHRU MENUJU BANDAR RENDAH KARBON

IMG-20191103-WA0032.jpg
Advertisement

JOHOR BAHRU, 3 NOV : Sehingga bulan September lepas, sebanyak 7,997 atau 72 peratus batang pokok telah ditanam di seluruh kawasan pentadbiran Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB).

Amran (tengah) ketika melawat Pusat Komuniti Taman Ekoflora

Menurut Datuk Bandar Johor Bahru, Datuk Amran A Rahman, penanaman ini telah dilaksanakan oleh pemaju perumahan, komuniti dan pihak majlis sendiri.

“Pokok-pokok yang ditanam merupakan pokok yang boleh menyerap karbon dan penapis pencemaran serta penyelenggaraan yang rendah.

Advertisement

“Usaha ini bagi memastikan pembangunan yang dilaksanakan mewujudkan persekitaran yang sihat dan berkualiti serta kondusif,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas Majlis Pelancaran Program Penanaman Pokok Sempena Hari Perancangan Bandar Sedunia 2019 di Taman Ekoflora, di sini, pagi tadi.

Sebanyak 150 batang pokok ditanam oleh warga MBJB pada program itu dan 65 batang pokok ditanam oleh Pledge and Plant The Tree bersama pihak pemaju Eco World dan pihak Malaysian Institude Planner (MIP) menjadikan jumlah pokok yang ditanam pagi ini sebanyak 215 batang pokok

Advertisement

Tambahnya, program ini selaras dengan visi MBJB ke arah bandar raya antarabangsa, berbudaya dan lestari

“Dalam Pelan Tindakan Masyarakat Rendah Karbon 2025, sebanyak 247 program digariskan melalui inisiatif rendah karbon”

“Sehingga 31 Disember 2018, 189 program telah dilaksanakan dan dijangka dapat disempurnakan semua program sebelum 2025,” katanya lagi.

Advertisement

JohorKini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top