BM | EN | 中文

‘JOHOR BAHRU CANCER RUN 5KM FUN RUN’ PUPUK KESEDARAN BAHAYA KANSER

peramian-karnival-run-cancer.jpg
Advertisement

JOHOR BAHRU, 28 SEPT : Kira-kira 700 peserta termasuk pesakit kanser menyertai larian sejauh lima kilometer bersempena ‘Johor Bharu Cancer Run 5KM Fun Run’ di bandar raya ini, di sini, hari ini.

Majlis pelepasannya disempurnakan oleh Ahli Parlimen Johor Bahru Akmal Nasrullah Mohd Nasir.

Turut mengiringi Akmal Nasrullah, Setiausaha Politik kepada Menteri Pembangunan Keluarga, Wanita dan Masyarakat, Dr Zaleha Mustafa.

Advertisement

Menurut Akmal Nasrull, program berkenaan bukan sekadar memenuhi aktiviti riadah, sebaliknya bertujuan memupuk kesedaran tentang bahayanya penyakit kanser.

“Kita harap aktiviti yang dijayakan kumpulan badan bukan kerajaan (NGO) dapat dijadikan sebagai program tahunan yang menjadi tradisi.

Akmal Nasrullah (tengah) bergambar bersama para pemenang ‘Johor Bharu Cancer Run 5KM Fun Run’

“Ini kerana penyakit kanser patut diketahui semua orang tidak kira sama ada wanita atau lelaki,” katanya.

Advertisement

Tambahnya lagi, berikutan itu, Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) disaran memberi sokongan terhadap aktiviti seumpama ini.

Program tersebut merupakan kerjasama Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Persatuan Kanser Malaysia.

Beberapa NGO wanita termasuk Wanita Progresif (Wasif), Kelab Usahawanita Bidadari Johor (Bidadari) turut terlibat dengan kerjasama MBJB.

Advertisement

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top