BM | EN | 中文

Johor Bahru antara destinasi tempahan tertinggi pelancongan domestik – Airbnb

airbnb-techcrunch-dotcom.jpg

Gambar Ehsan techcrunch.com

Advertisement

KUALA LUMPUR, 3 JUL: Johor Bahru merupakan antara destinasi domestik paling popular dikunjungi sepanjang 30 hari lalu, menurut Airbnb, sebuah penyedia perkhidmatan penginapan dalam talian global.

Menurut laporan Bernama yang memetik kenyataan Airbnb, berdasarkan data tempahan terkini, destinasi domestik paling popular sepanjang 30 hari lepas di Malaysia termasuklah Kuala Lumpur, Pulau Pinang dan Johor Bahru.

Airbnb berkata, terdapat peningkatan ketara dalam tempahan domestik di Malaysia, mencatatkan lonjakan hampir 190 peratus dari bulan ke bulan.

Advertisement

Secara keseluruhan dalam tempoh 30 hari lepas, 93 peratus daripada jumlah tempahan yang dibuat di Airbnb ialah untuk destinasi domestik.

Selain itu, destinasi bukan bandar yang turut dikunjungi antaranya seperti seperti Cameron Highlands, Kuala Terengganu, Port Dickson dan banyak lagi dengan hampir 64 peratus tempahan.

“Walaupun industri pelancongan telah terjejas oleh COVID-19, data dalaman Airbnb menunjukkan tanda-tanda positif bahawa pelancongan telah bangkit semula, didahului trend yang akan mencorakkan hala tuju pelancongan dalam beberapa minggu dan bulan akan datang.

Advertisement

Gambar Hiasan

“Ini selaras dengan pengumuman Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) yang membenarkan pergerakan rentas negeri, sekali gus telah menyaksikan perhatian bertukar ke arah pelancongan domestik sebagai pemacu utama bagi pemulihan dalam sektor ini,” katanya.

Walaupun dunia sedang mengalami pengurangan pelancongan, Airbnb berkata ia masih berpotensi menjana berbilion dolar untuk ekonomi domestik.

Pada tahun 2019, impak ekonomi langsung Airbnb di 30 pasaran teratas mencapai US$117 bilion, iaitu peningkatan 17 peratus sepanjang tahun 2018.

Advertisement

Pengarah Rantau (Asia-Pasifik) Kum Hong Siew berkata Airbnb telahpun melihat tanda-tanda positif awal menunjukkan pelancongan domestik sudah bersedia untuk bangkit semula, didorong oleh penduduk domestik yang menempah percutian dalam negara.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

scroll to top