BM | EN | 中文

Johor arah kaunter pendaftaran bagi warga emas di PPV Persada ditambah

PPV-Persada-Johor.jpg
Advertisement

JOHOR BAHRU, 14 OGOS: Kerajaan Negeri telah mengarahkan agensi yang berkaitan supaya menambah kaunter pendaftaran dan laluan ekspres bagi warga emas di pusat pemberian vaksin (PPV) COVID-19 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Johor Persada di sini.

Menteri Besar Datuk Hasni Mohammad dalam hantaran di laman Twitter berkata polis akan mangawal selia aliran pergerakan di PPV itu dengan lebih balk.

“Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan mengatur aliran pergerakan dengan lebih balk di PPV berkenaan, dan MySejahtera pula seharusnya menyediakan jadual janji temu dengan lebih berkesan. In’ (kesesakan) tidak akan berulang lagi,” katanya.

Advertisement

Beliau berkata demikian semasa membalas kenyataan seorang pengguna twitter yang mempamerkan sekeping gambar yang memaparkan kesesakan di luar PPV berkenaan semalam, termasuk warga emas yang berbaris panjang menungu giliran mereka.

Sementara itu Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim menerusi ciapan di Twitter dan akaun Instagram rasmi baginda bertitah akan menyiasat isu berkenaan dan menitahkan kerajaan negeri mengambil tindakan berkenaan isu berkenaan.

Di Melaka, Program ‘Retail Industry Vaccination’ (RIVac) bagi pekerja sektor peruncitan melibatkan kira-kira 8,000 penerima di Melaka di Dataran Pahlawan Melaka Megamall di Bandar Hilir di sini, bermula semalam.

Advertisement

Exco Perpaduan, Hubungan Masyarakat, Tenaga Kerja dan Hal Ehwal Pengguna negeri Datuk Ismail Othman berkata program selama 10 hari itu menyasarkan pemberian vaksin Sinovac kepada 800 penerima sehari.

Beliau berkata ia melibatkan pekerja barisan hadapan ekonomi sektor peruncitan seperti juruwang dan jurujual di pasar raya, pegawai kaunter khidmat pelanggan, pegawai keselamatan, kumpulan pengurusan pasar raya dan pekerja rantaian pengedaran dan peruncitan.

“Semua penerima terlibat terdiri daripada majikan serta pekerja yang telah berdaftar di bawah KPDNHEP dan inisiatif ini penting bagi memastikan tiada dalam kalangan pekerja sektor peruncitan tercicir daripada menerima suntikan vaksin COVID-19.

Advertisement

“Kita berharap semua majikan sektor peruncitan mendaftarkan pekerja mereka di bawah Program RiVac agar usaha ini dapat membantu mempercepatkan pemberian vaksin kerana mereka merupakan antara golongan berisiko terdedah jangkitan,’ katanya kepada pemberita selepas melawat Pusat Pemberian Vaksin Industri (PPVIN) RiVac di sini semalam.

Bernama

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top