BM | EN | 中文

Johor antara penyumbang utama ekonomi negara pada 2020 – Mustapa Mohamed

Johor-antara-penyumbang-utama-ekonomi-negara-pada-2020.jpg

Mustapa (tengah) ketika membuat lawatan ke Rumah Iskandar

Advertisement

ISKANDAR PUTERI, 15 NOV: Johor merupakan sebuah negeri penyumbang utama kepada ekonomi negara pada 2020 selain Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Sarawak.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, purata pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Johor mencapai 3.1 peratus setahun iaitu melebihi purata nasional sebanyak 2.7 peratus setahun dalam tempoh 2016 hingga 2020.

“Pertumbuhan ekonomi Johor diterajui oleh sektor perkhidmatan khususnya dalam subsektor perdagangan borong dan runcit; makanan dan minuman dan penginapan; diikuti sektor pembuatan khususnya dalam produk elektrik, elektronik dan optikal,” katanya dalam sidang akhbar di Bangunan Dato’ Jaafar Muhammad, Kota Iskandar, di sini semalam.

Advertisement

Hadir sama Menteri Besar Johor, Datuk Hasni Mohammad dan Exco Kerja Raya, Pembangunan dan Infrastruktur Negeri Johor, Mohd Solihan Badri.

Sementara itu, beliau berkata, Unit Perancang Ekonomi (EPU) dan Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU), Jabatan Perdana Menteri dengan kerjasama kerajaan negeri sedang mengenal pasti dua lokaliti di setiap negeri untuk melaksanakan projek rintis membasmi kemiskinan tegar secara holistik.

Terdahulu, Mustapa dilaporkan Sinar Harian sempat beramah mesra dengan pengunjung restoran Asam Pedas Sungai Melayu, Iskandar Puteri.

Advertisement

Dalam pada itu beliau berkata, tujuan bagi mencapai sasaran kemiskinan tegar sifar pada 2025 dalam Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12).

“Pada 6 November 2021, sebuah kampung di Sik, Kedah dicadangkan sebagai projek rintis pertama membasmi kemiskinan tegar secara holistik di kawasan luar bandar.

“Projek rintis ini menggabungkan kerajaan Persekutuan, kerajaan negeri, badan berkanun, universiti, pertubuhan masyarakat sivil (CSO), organisasi berasaskan komuniti (CBO) setempat dan pihak swasta,” katanya.

Advertisement

Menurutnya, sesi ‘Poverty Circle’ yang telah diadakan sebanyak lima kali akan mengenal pasti modul terbaik untuk projek rintis membasmi kemiskinan tegar.

Kataya, modul tersebut akan dilaksanakan mengikut keperluan lokaliti sama ada berasaskan komuniti, individu atau secara hibrid.

Dalam pada itu, beliau berkata, pihaknya mengadakan siri jerayawara (roadshow) RMK-12 ke negeri ini pada Ahad.

Advertisement

Lawatan tersebut katanya, bermula pada jam 9 pagi dengan sesi taklimat program menangani kemiskinan di Iskandar Malaysia dan Johor oleh Ketua Eksekutif Pihak Berkuasa Wilayah Pembangunan Iskandar (IRDA), Datuk Ismail Ibrahim dan Timbalan Pengarah (Pemantauan), Pejabat Pembangunan Negeri Johor, Amy Lydia Adnan di Ibu Pejabat IRDA di sini.

Selepas itu, Mustapa melawat Rumah Iskandar dan dua keluarga miskin di Kampung Sungai Melayu.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top