BM | EN | 中文

JOHOR ANJUR PELBAGAI ACARA UNTUK TARIK PELANCONG

gmbr-fail-cai-tung-1.jpg
Advertisement

ISKANDAR PUTERI, 26 NOV : Pelbagai rancangan penambahbaikan telah dirancang dan dirangka bagi memastikan sektor pelancongan di negeri ini memberi impak yang positif termasuklah dari segi infrastruktur dan penganjuran acara-acara untuk menyambut kehadiran pelancong dari dalam dan luar negara.

Ianya selaras dengan langkah kerajaan negeri menganjurkan kempen Tahun Melawat Johor 2020 selari dengan penganjuran kempen Tahun Melawat Malaysia 2020, pada tahun depan.

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat negeri, Liow Cai Tung berkata, antaranya termasuklah 11 acara yang dirancang Tourism Johor dengan kerjasama Pejabat Daerah Mersing dan Majlis Daerah Mersing termasuklah pesta air papan, Arong Man dan sebagainya.

Advertisement

Katanya, 24 acara juga telah dirancang di Pengerang pada tahun depan seperti Asean Tourism Golf Tournament di The Els Club, Desaru Cost, Pengerang Fest dan sebagainya.

“Antara infrastruktur yang dikenalpasti adalah Pantai Tanjung Buluh yang akan dibuka pada 5 Disember depan dan dirasmikan oleh Menteri Besar Johor. Pusat informasi pelancongan Pengerang juga akan dibuka pada awal tahun depan.

“Majlis Daerah Yong Peng (MDYP) telahpun melaksanakan kerja-kerja membaikpulih keadaan jalan raya di bawah seliaan Majlis Daerah Yong Peng, penyelenggaraan kemudahan awam sedia ada dan sebagainya bagi menyokong aktiviti pelancongan di kawasan Yong Peng.

Advertisement

“Kerajaan Johor juga telah membangun dan menaiktaraf lokasi-lokasi potensi pelancongan seperti Pekan Ayer Hitam, Arena Warna, Dataran Yong Peng dan sebagainya,” katanya semasa Mesyuarat Ketiga (Belanjawan Johor 2020) Penggal Persidangan Kedua Dewan Negeri Johor Ke-14 di Kota Iskandar, di sini, hari ini.

Terdahulu, Cai Tung (PH-Johor Jaya) menjawab soalan Alwiyah Talib (PH-Endau), Datuk Sharifah Azizah Syed Zain (PH-Penawar), Chew Peck Choo (PH-Yong Peng), Rasman Ithnin (PH-Sedili), Ayub Jamil (BN-Rengit) dan Ng Yak Howe (PH-Bentayan) berkaitan sektor pelancongan negeri ini.

Tambah Cai Tung lagi, kerajaan negeri melalui Tourism Johor juga telah mengambil inisiatif dan langkah-langkah untuk memperkenalkan produk pelancongan baru yang dapat menarik minat pengunjung ke sesuatu daerah.

Advertisement

“Misalnya di Simpang Rengam terdapat produk agro pelancongan iaitu Ladang Jagung yang terletak di Parit Ghani dan berjaya menarik 55,000 pelawat atau pelancong mengunjungi ke ladang ini.

“Selain itu, pembukaan pusat kecemerlangan reality maya (V)-VRinity di Iskandar Puteri yang merupakan pusat berteknologi pertama seumpamanya di Asean dan mampu menyasarkan kehadiran 40,000 pengunjung bagi tahun pertama.

“Beberapa destinasi pelancongan juga telah dikenalpasti dan boleh diketengahkan bagi menarik lebih pelancong seperti perkampungan Orang Asli di Sungai Peroh yang mempunyai banyak aktiviti berasaskan alam semulajadi dan HS Farm yang mampu meninggalkan kenangan yang menarik kepada para pelancong,” katanya.

Advertisement

Ujarnya lagi, Muar turut menjadi tumpuan utama pelawat atau pelancong domestik dan antarabangsa yang mana ia adalah daerah yang unik dan pernah memenangi anugerah Asean Clean Tourist City Standart Award pada 2017.

JohorKini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top