BM | EN | 中文

JOHOR AMBIL LANGKAH PROAKTIF TANGANI MASALAH GAJAH LIAR

gajah.jpg
Advertisement

ISKANDAR PUTERI, 28 NOV: Kerajaan negeri mengambil langkah proaktif melalui rondaan, pemantauan dan tembak halau di kawasan tumpuan bagi mengurangkan dan menyelesaikan secara jangka pendek konflik manusia-gajah di negeri ini.

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Kesejahteraan Bandar dan Alam Sekitar negeri, Tan Chen Choon berkata, selain itu langkah bersifat jangka panjang turut dilaksanakan melalui pemasangan Sistem Pagar Elektrik Gajah (SPEG).

Katanya pembinaan pagar elektrik sepanjang 56.8 kilometer itu melibatkan kawasan di Kampung Sri Lukut, Kluang; Kampung Tenang, Labis; dan Kampung Mawai, Kota Tinggi dengan kos pembinaan berjumlah RM2.705 juta.

Advertisement

“Selain itu, pemasangan kolar satelit sebagai Sistem Amaran Awal Pergerakan Gajah turut dilaksanakan oleh pihak Perhilitan dan operasi tangkap-pindah gajah mengikut keperluan.

“Kerajaan Johor amat prihatin dan serius berhubung konflik gajah ini kerana turut membabitkan nyawa penduduk sekitar,” kata Chen Choon pada ucapan penggulungan Mesyuarat Ketiga Belanjawan 2020, di Kota Iskandar, hari ini.

Selain itu katanya, Perhilitan juga telah mengadakan Program Libat Urus Bersama Pihak Berkepentingan Berkaitan Pengurusan Gajah Negeri Johor.

Advertisement

Di samping program seranta dan kesedaran awam serta khidmat nasihat, turut diadakan bersama masyarakat terutamanya pemimpin tempatan dan pekebun bagi mengurus konflik manusia-gajah.

Beliau yang juga Adun Jementah berkata, bagi penyelesaian jangka panjang, kerajaan Johor juga telah membina Santuari Gajah Johor (JES).

“Kerja pembangunan membabitkan bangunan pejabat, bangunan kuarantin atau kurungan malam berkapasiti tujuh ekor gajah serta berek kakitangan telah siap dan akan diserahkan kepada Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) selaku Pegawai Penguasa (SO).

Advertisement

“JES kini masih melalui proses akhir bagi mempersiap kemudahan bekalan elektrik dan padang ragut gajah sebelum diserahkan kepada Perhilitan selaku agensi pemilik,” tambah beliau lagi.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top