JOHOR BAHRU, 9 JUL: Sebuah jawatankuasa khas akan ditubuhkan bagi meneliti aduan yang diterima daripada Dewan Perniagaan dan Industri Kesatuan Eropah (EU)-Malaysia (EuroCham) dan komuniti perniagaan berhubung prosedur operasi standard (SOP) dalam Fasa Satu Pelan Pemulihan Negara (PPN).
Menteri Besar Johor Datuk Hasni Mohammad berkata jawatankuasa khas itu diwujudkan susulan kerajaan negeri menerima pelbagai aduan daripada pihak berkenaan mengenai kekeliruan dan ketidakseragaman SOP yang ditetapkan dalam membendung penularan pandemik COVID-1 9.
Beliau berkata dengan penubuhan jawatankuasa itu membolehkan kerajaan negeri mengenal pasti punca dan Iangkah-Iangkah yang boleh diambil untuk membantu pelabur khususnya syarikat multinasional di Johor menyelesaikan masalah yang dihadapi mereka.
“Sebelum ini saya telah berbincang dengan pihak industri dan EuroCham menyuarakan beberapa perkara termasuk SOP yang dikuatkuasakan (ketika ini) tidak seragam dan memerlukan campur tangan kerajaan negeri supaya tidak berlaku kekeliruan di peringkat penguatkuasaan.
“Jadi, untuk itu jawatankuasa khas ini akan mengenal pasti apa qua masalah yang mereka hadapi dan kita cari jalan penyelesaiannya,” katanya, lapor Bernama.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyerahkan tiga buah mesin ventilator kepada Jabatan Kesihatan Negeri Johor di Hospital Sultanah Aminah (NSA), Rabu lalu.
Baru-baru ini EuroCham dilaporkan berkata pihaknya akan terus meningkatkan komunikasi dengan pemain industri di Kesatuan Eropah (EU) bagi memastikan ahlinya memahami semua SOP supaya pematuhan boleh dilakukan sepenuhnya.
Johorkini