BM | EN | 中文

Johor akan perluas ujian saringan Covid-19 secara bersasar

Hasni-Mohammad-MB-Johor-yang-gagal.jpg

Gambar Ehsan The Star

Advertisement

JOHOR BAHRU, 28 OGOS: Kerajaan negeri Johor akan memperluaskan ujian saringan COVID-19 secara bersasar agar pengasingan individu yang positif di negeri ini dapat dilakukan dengan sebaiknya.

Menteri Besar Datuk Hasni Mohammad berkata Iangkah itu perlu dilakukan seiring dengan pemberian vaksinasi penduduk di negeri ini.

“Jadi sementara kita menunggu Iebih banyak vaksin diterima, kita perlu lakukan pengasingan mereka yang positif COVID-19,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Program Penyerahan Jalur Gemilang di hentian bas, di sini hari ini.

Advertisement

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai situasi COVID-19 di negeri ini.

Hasni berkata kerajaan negeri berusaha secara berterusan bagi memastikan seluruh penduduk negeri menerima vaksin, dan Johor memperoleh 2 juta dos vaksin COVID-19 pada bulan ini.

“Kita juga sememangnya mempunyai jumlah Pusat Pemberian Vaksin (PPV) yang mencukupi dan mampu menyuntik kira-kira 70,000 dos sehari: katanya yang yakin sasaran kerajaan negeri untuk mencapai 100 peratus vaksinasi dewasa pada penghujung Oktober dapat dicapai.

Advertisement

Bernama

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

scroll to top