BM | EN | 中文

Johor akan laksana padanan pekerjaan untuk 229 gelandangan

gelandangan-johor-bahru.png
Advertisement

ISKANDAR PUTERI, 15 JUL: Kerajaan Johor akan melaksanakan padanan pekerjaan terhadap 229 gelandangan di daerah Johor Bahru bagi membantu golongan tersebut yang berpotensi untuk berubah.

Exco Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat negeri Zaiton Ismail berkata usaha kerjasama pelbagai pihak, terutamanya Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) itu, akan dimulakan dengan mengenal pasti tahap kesihatan, umur dan kemahiran yang dimiliki mereka supaya dapat disesuaikan dengan keperluan majikan.

Beliau berkata program temuduga gelandangan itu akan diadakan di Anjung Singgah, Yayasan Kebajikan Negara (YKN), Johor Bahru pada 26 Julai ini dan fokus pekerjaan yang ditawarkan adalah jawatan berkemahiran rendah termasuk operator pengeluaran, perkhidmatan pembersihan dan runcit.

Advertisement

“Perkeso akan meneliti butiran peribadi gelandangan, seterusnya memberi motivasi dan penempatan sementara kepada mereka di Anjung Singgah, selain menyediakan sesi ‘grooming’ kerjaya.

“Sesi libat urus dengan majikan yang ingin mengambil pekerja daripada golongan ini juga akan diadakan, sekali gus membantu majikan mendapat insentif kerajaan melalui Insentif Pengambilan Pekerja 3.0 bagi kategori golongan mudah terjejas’ katanya pada sidang media di pejabatnya baru-baru ini.

Zaiton berkata berdasarkan data yang dikumpul oleh Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia (PBSM), 72 peratus daripada 229 gelandangan itu berumur 18 hingga 30 tahun dan dikenal pasti masih mampu untuk bekerja.

Advertisement

Pihaknya akan turut melaksanakan bantuan lain termasuk melibatkan individu gelandangan yang mempunyai masalah kesihatan, gangguan mental atau menghantar semula kepada keluarga menerusi profiling oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), yang setakat ini telah membolehkan 108 gelandangan di negeri itu dipulangkan ke pangkuan keluarga.

Bernama

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top