BM | EN | 中文

Johor akan jadi peneraju industri dron, robotik – Menteri Besar

Johor-akan-menjadi-peneraju-industri-dron-robotik-Hasni.jpg

Gambar Ehsan UKOM Pejabat MB Johor

Advertisement

ISKANDAR PUTERI, 8 DIS: Johor semakin hampir untuk menjadikan Iskandar Malaysia sebagai hab digital menerusi pelancaran Zon Dron dan Robotik Iskandar (DRZ Iskandar) hari ini, sebagai yang pertama di Asia Tenggara (SEA).

Menteri Besar Datuk Ir Hasni Mohammad berkata Hab Digital — yang diumumkan ketika pembentangan belanjawan kerajaan negeri 2021 baru-baru ini — adalah sebahagian daripada usaha kerajaan negeri untuk mengubah Johor sebagai bandar pintar dengan mempercepatkan pertumbuhan ekonomi digitalnya.

Katanya, usaha itu adalah penting untuk Johor memandangkan banyak pemilik perniagaan dan syarikat telah terjejas akibat pandemik COVID-19 berikutan penutupan sempadan Singapura-Malaysia.

Advertisement

“Situasi semasa ini menyebabkan kita sedar bahawa Johor perlu berkembang dan menyesuaikan kepada perubahan untuk kelangsungan sosio-ekonomi.

“Sehubungan itu, Johor memerlukan ekosistem digital yang bersepadu untuk lebih merancakkan ekonomi digital kita ke tahap selanjutnya, terutamanya di SEA,” kata Hasni dalam ucapan secara maya semasa pelancaran rasmi DRZ Iskandar di sini, hari ini.

Turut menyertai pelancaran secara maya itu adalah Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Khairy Jamaluddin.

Advertisement

Hasni melahirkan keyakinan bahawa perkongsian pintar dan kerjasama di antara Iskandar Investment Bhd (IIB) dan syarikat logistik global DHL, Pusat Kreativiti dan Inovasi Malaysia (MaGIC) dan pihak lain dalam DRZ Iskandar akan meletakkan Iskandar Malaysia sebagai peneraju industri dron dan robotik.

Ini selanjutnya akan membawa kepada pelbagai peluang dan penghasilan pekerjaan di negeri ini.

“Saya dimaklumkan bahawa kerjasama ini akan menarik pelaburan bernilai RM315 juta dan mewujudkan 1,000 pekerjaan dalam industri dron dan robotik menjelang 2025.

Advertisement

“Kami berhasrat untuk melihat Johor menghasilkan bakat dron dan robotik yang tertinggi di Malaysia dalam masa terdekat ini,” katanya.

Sementara itu, Khairy berkata penubuhan DRZ Iskandar adalah tepat pada masanya berikutan pasaran dron di Asia diunjur berkembang daripada US$8.6 bilion (US$1=RM4.07) pada 2020 kepada US$17.9 bilion pada 2025.

“Bagi robotik, Asia Pasifik menyumbang 54 peratus daripada pasaran global dan merupakan peneraju pasaran bagi robotik.

Advertisement

“Ia akan menjadi berganda dalam tempoh lima tahun susulan permintaan global yang bertambah dalam automasi membabitkan pelbagai industri,” katanya.

Memetik Laporan Ekosistem Pemula Niaga Global 2020 (GSER2020), Khairy berkata Malaysia berada dalam kedudukan 10 ekosistem utama sedang pesat membangun dari segi prestasi dalam industri ini dan 20 ekosistem utama sedang pesat membangun dari segi tenaga kerja menerusi ekosistem bernilai US$15.3 bilion (RM63.5 bilion).

Beliau berkata Malaysia mengekalkan kedudukannya di tangga ke-35 daripada 129 negara dalam Indeks Inovasi Global 2019 dan kekal dalam kalangan negara berpendapatan sederhana yang merapatkan jurang inovasi.

Advertisement

“Menerusi petunjuk-petunjuk ini berserta lokasi strategik kita, infrastruktur disediakan dan peminat dron dan robotik yang kian bertambah, saya yakin Malaysia akan menjadi hab dron dan robotik di Asia Tenggara,” kata Khairy.

Sementara itu, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif IIB Datuk Ir Khairil Anwar Ahmad berkata DRZ Iskandar ditempatkan di Medini, Iskandar Puteri berikutan infrastruktur dan kemudahan sedia ada, sekali gus menjadikannya sesuai dengan aktiviti yang dikenal pasti termasuk Zon Ujian Dron (DTZ), pusat reka bentuk dan pembangunan, serta pusat latihan dan pembangunan tenaga kerja.

“DRZ Iskandar merupakan kesinambungan kepada ‘Iskandar Next Programme’ yang dilancarkan pada Oktober. Berpegang teguh kepada prinsip pemimpin inovatif, pelancaran DRZ Iskandar akan merancakkan lagi inovasi digital di Iskandar Puteri.

Advertisement

“Kami juga berbangga dapat menjalin kerjasama dengan rakan niaga – DHL, MaGIC, Futurise, Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia,

“Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia serta rangkaian 46 syarikat tempatan dan antarabangsa untuk bersama-sama memajukan dan membangunkan ekosistem DRZ.

“Ini akan mewujudkan perikatan perintis di atas nama DRZ Iskandar yang diharap akan berkembang lebih maju pada 2021 dan seterusnya, demi merealisasikan visi yang kita ada untuk Medini di Iskandar Puteri,” katanya.

Advertisement

Bernama

 

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top