BM | EN | 中文

Johor adakan mesyuarat dengan semua wakil rakyat minggu depan

Dr-Ir-Hasni-Mohammad.jpg

Datuk Ir Hasni Mohammad (Gambar Fail)

Advertisement

ISKANDAR PUTERI, 20 MEI: Kerajaan Johor akan mengadakan mesyuarat bersama ahli parlimen dan anggota dewan undangan negeri (Adun) minggu depan, kata Menteri Besar Johor, Datuk Hasni Mohammad.

Kata Hasni, ia susulan titah Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar yang dikeluarkan hari ini berhubung penularan wabak Covid-19 di negeri ini.

“Meskipun Ordinan Darurat sedang berkuat kuasa, Kerajaan Negeri akan memastikan Setiausaha Kerajaan dan Penasihat Undang-Undang negeri Johor untuk melihat kelancaran perbincangan tersebut.

Advertisement

“Perbincangan berhubung perkara itu akan diadakan pada minggu depan dan kerajaan negeri Johor memberi jaminan perkara yang dibincangkan akan diangkat kepada Majlis Keselamatan Negara,” kata Hasni dalam kenyatannya hari ini.

Hasni turut menjunjung kasih atas keprihatinan Sultan Ibrahim yang menitahkan supaya semua ahli parlimen dan Adun di negeri ini bagi mengadakan perbincangan berhubung kebajikan rakyat Johor.

‘Perbincangan ini akan lebih memperkukuh dan menambah baik segala usaha yang telah dan akan diambil kerajaan negeri dan kerajaan Persekutuan untuk membendung pandemik COVID-19.

Advertisement

“Ini termasuklah meningkatkan kapasiti Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 Berisiko Rendah (PKRC) sedia ada dan Pusat Pemberian Vaksin (PPV) di negeri Johor,” kata Hasni lagi.

Johorkini

 

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top