BM | EN | 中文

‘JOH’ KE DUN JOHOR EDAR KALENDAR ACARA, PROMOSI TMJ2020

johor-tourism.jpg
Advertisement

ISKANDAR PUTERI, 1 DIS: Bagi menyemarakkan lagi sambutan Tahun Melawat Johor 2020 (TMJ2020), maskot ‘Joh’ membuat penampilan di ruang legar Dewan Undangan Negeri Johor, di sini, hari ini.

Diiringi Timbalan Pengarah Tourism Johor Afzan Azhari, beberapa beg buah tangan (goodies bag) yang mengandungi kalender acara bagi tahun 2020 di edarkan kepada ahli-ahli DUN yang hadir pada Mesyuarat Ketiga (Belanjawan Johor 2020) Penggal Persidangan Kedua Dewan Negeri Johor Ke-14 di Kota Iskandar.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Liow Cai Tung berkata beliau berharap agar ahli-ahli dewan boleh membantu untuk promosikan program-program yang akan diadakan pada tahun hadapan.

Advertisement

“Kalender acara ini mengandungi program-program yang akan dianjurkan pada tahun hadapan di mana ahli-ahli dewan boleh membantu promosikan acara-acara itu apabila dijalankan di setiap daerah atau DUN atau kawasan masing-masing,” katanya kepada pemberita ketika ditemui.

Antara kandungan kalender acara itu termasuklah tarikh dan lokasi untuk Festival Layang-Layang Sedunia Pasir Gudang 2020 yang akan diadakan pada bulan Februari dan Mac, Asean Tourism Golf Tournament pada bulan Februari, Pengerang Fest pada bulan Mac dan lain-lain lagi.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top