BM | EN | 中文

JKR juga perlu mohon maaf kepada pengguna lebuh raya Pasir Gudang

lebuh-raya-pasir-gudang-syed-othman-Amanah-Johor.png
Advertisement

PASIR GUDANG, 29 DIS: Jabatan Kerja Raya perlu memohon maaf kepada pengguna lebuhraya Pasir Gudang yang sejak sekian lamanya berhadapan dengan jalan yang berlubang sepanjang lebuhraya tersebut.

Ketua Parti Amanah Negara (Amanah) Pasir Gudang, Syed Othman Syed Abdullah berkata selain permohonan maaf kepada menteri, Khairy Jamaluddin selepas terjatuh ketika menunggang motorsikal, JKR perlu melakukan perkara sama kepada pengguna lebuhraya Pasir Gudang.

Menurut Syed Othman, terdapar insiden penunggang motorsikal yang bukan sahaja cedera tetapi ada yang meninggal dunia akibat kerosakan jalan di lebuh raya tersebut.

Advertisement

“Mengapa hanya mahu memohon maaf kepada menteri sahaja? Apakah nyawa dan keselamatan orang awam biasa tiada nilai untuk dihormati oleh JKR?

“Lebuhraya Pasir Gudang adalah laluan yang sudah dikenali dengan tahap bahayanya. JKR tidak pernah muncul untuk memohon maaf.

“Kita juga bersimpati dengan nasib yang menimpa Menteri. Tetapi apa yang kita persoalkan sampai bila sikap JKR sebegini terus diamalkan,” jelasnya.

Advertisement

Beliau menekankan agar kerajaan Perikatan Nasional (PN) berhenti dari mengamalkan sikap diskriminasi atau pilih bulu terhadap rakyat di negara ini.

“Kita bertegas agar semua pihak tidak perlu mahu menunjukkan lagak untuk mengamalkan sikap pilih bulu.

“Sekiranya menteri jatuh akibat langgar lubang, JKR terus mohon maaf, apakah harga diri menteri itu berlainan dengan harga diri atau nyawa rakyat?

Advertisement

“Amalan sikap pilih bulu ini akan membuatkan rakyat semakin muak.

“Janganlah sibuk nak menjaga kepentingan golongan tertentu sehingga membelakangkan rakyat yang juga memiliki nyawa sama seperti menteri,” tegasnya lagi.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top