BM | EN | 中文

JKNJ nafi kenyataan tular kes Covid-19 di Iskandar Puteri

tular-virus-01-scaled.jpg

JKNJ menafikan kenyataan tular berkenaan terdapat kes Covid-19 di Iskandar Puteri

Advertisement

JOHOR BAHRU, 19 FEB : Jabatan Kesihatan Negeri Johor (JKNJ) menafikan kenyataan tular berkenaan  terdapat kes koronavirus (Covid-19) di Iskandar Puteri.

Dalam kenyataan di Facebook JKNJ memaklumkan berita tersebut adalah tidak benar.

“Pejabat kesihatan daerah telah menerima laporan kes disyaki dan telah membuat siasatan di lokasi berkenaan.

Advertisement

“Tiada kes Covid-19 dikenal pasti di kawasan tersebut,”katanya dalam kenyataan tersebut.

Tambahnya, orang awam diminta tidak menyebarkan tular itu kerana ianya akan mengakibatkan situasi panik dikalangan masyarakat.

Jelasnya, harus diingatkan penyebaran berita palsu seperti itu boleh dikenakan tindakan di bawah seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia (AKM) 1998.

Advertisement

“Jika sabit kesalahan memperuntukkan hukuman denda maksimum RM50,000 atau penjara tidak melebihi tempoh satu tahun atau kedua-duanya.

“Juga boleh didenda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari kesalahan itu diteruskan selepas pensabitan,”katanya lagi.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top